KRISIS Ukraine-Rusia sejak beberapa minggu lalu sudah tentu menggusarkan dunia, apabila konflik di antara kedua-dua negara itu dikhuatiri berakhir dengan peperangan.
Bagaimanapun, tindakan Kremlin baru-baru ini yang mendakwa menarik balik 100,000 tenteranya dan aset ketenteraan di sempadan Ukraine - yang katanya hanya menjalani latihan biasa - dilihat meredakan sedikit ketegangan.
Namun, pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menafikan tentera Rusia berundur, sebaliknya ketegangan di sempadan dikatakan semakin meningkat sehingga terbaru, berlaku serangan ke atas sebuah tadika.
Menurut profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan, punca ketegangan tercetus ialah beberapa tindakan oleh pihak Ukraine.
"Isu paling besar ialah hasrat Ukraine untuk menyertai NATO, yang merupakan satu pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat (AS).
"Jadi, apabila mereka cuba memperluaskan gabungan NATO itu, sehingga ke wilayah-wilayah yang secara terus berhubung dengan Rusia, terutama sekali bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, ia telah sampai ke peringkat menggusarkan Russia.
"Rusia sudah habis tempoh kesebarannya dan dia mula bertindak," jelasnya.
Peranan Amerika Syarikat
Tambah Mizan, lebih memburukkan keadaan apabila AS turut memainkan peranan dalam membantu Ukraine sekiranya berlakunya perang.
Beliau menyifatkan peranan beberapa negara yang dilihat sebagai kuasa besar, hanya merupakan permainan geopolitik, atas kepentingan dan agenda masing-masing.
"Kepentingan paling utama mereka adalah ekonomi. Kalau kita telusuri secara mendalam, pada setiap konflik di dunia ini, sebenarnya ada kaitan dengan faktor ekonomi.
"Kalau kita lihat ketika ini, AS mengalami kelembapan ekonomi sangat teruk, rakyat mereka mengalami pengangguran dan lain-lain.
"Satu perkara yang kita perlu faham, Joe Biden, Presiden AS ketika ini, adalah daripada Parti Demokrat. Dan dari segi sejarahnya, pemimpin Demokrat ini memang suka berperang," katanya sambil memetik nama bekas-bekas presiden AS yang menurutnya mencipta peperangan dengan beberapa negara.
BACA: Rusia arah tentera pulang ke pangkalan, sifatkan ia 'latihan' semata-mata
Justeru, tambahnya, ketegangan itu boleh diredakan dan dielakkan sekiranya Ukraine mengambil langkah menangguhkan daripada menyertai NATO.
Kurangkan ketegangan
Malah, menurut Mizan, Rusia sebenarnya tidak berminat untuk menjajah Ukraine, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang disifatkan sebagai bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.
"Ukraine boleh selesaikan dengan menangguhkan hasrat mereka menyertai NATO, secara automatik Rusia kemudian akan senang hati dan memang Rusia tiada hasrat menjajah Ukraine.
"Peperangan di dunia ini banyak dicetuskan AS berbanding Rusia, termasuk isu Ukraine.
"Mereka (Rusia) cuma berada di sempadan, mereka mengawal kepentingan di Crimea, tetapi tidak menjajah sama sekali," katanya lagi.
Selain Ukraine, Mizan berkata, negara Eropah lain yang boleh memainkan peranan ialah Jerman dan Turki, yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Rusia.
"Jerman negara yang sangat rapat dengan Rusia melalui laluan gas. Mereka telah bina laluan gas Nord Stream 1 dan 2.
"Mereka juga sekarang sedang membina Turk Stream 1, Turk Stream 2, yang akan menyalurkan gas digunakan oleh Eropah.
"Oleh kerana hubungan itu telah ada, saya melihat Turki dan Jerman boleh memainkan peranan untuk meredakan ketegangan yang berlaku pada hari ini," katanya.
Fareez Azman
Fri Feb 18 2022
![Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar? Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645308736_Ukrainianserviceman.jpg)
Seorang askar Ukraine menggali parit pada kedudukan di garis pemisah antara wilayah yang dikuasai Ukraine dan wilayah yang dikuasai pemberontak berhampiran Zolote, Ukraine, 19 Feb 2022. (Foto AP)
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726279238_KimJongUn.jpg)
Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia
Kim Jong Un bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci.
![13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah 13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664185231_pistol.jpg)
13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah
Suspek yang menggunakan dua pucuk pistol itu juga dilaporkan membunuh diri selepas melepaskan tembakan secara rambang.
![Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar? Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645308736_Ukrainianserviceman.jpg)
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar?
Prof Mizan berpendapat, ketegangan antara dua negara itu boleh dikurangkan sekiranya Ukraine menangguhkan hasratnya menyertai NATO.
![Krisis Rusia-Ukraine: Macron adakan pertemuan dengan Putin Krisis Rusia-Ukraine: Macron adakan pertemuan dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616653212_EmmanuelMacron.jpg)
Krisis Rusia-Ukraine: Macron adakan pertemuan dengan Putin
Pemimpin Perancis itu berkata menyasarkan untuk "berdialog dengan Rusia dan mengurangkan ketegangan" melalui rundingan itu.
![Rusia arah jet pejuang iringi pesawat peninjau AS di Laut Hitam Rusia arah jet pejuang iringi pesawat peninjau AS di Laut Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639224607_fighterjets.jpg)
Rusia arah jet pejuang iringi pesawat peninjau AS di Laut Hitam
Hubungan dua hala antara AS dan Russia berada pada tahap terendah sejak Kesatuan Soviet berpecah pada 1991.
![COVID-19: Kes positif cecah 202 juta dengan 4.2 juta kematian COVID-19: Kes positif cecah 202 juta dengan 4.2 juta kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624353577_BRAZIL.jpg)
COVID-19: Kes positif cecah 202 juta dengan 4.2 juta kematian
Kes positif kini meningkat kepada 202 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 35.7 juta kes.
![Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627369785_TokyoSyaqiera.jpg)
Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas
Pemanah muda negara, Syaqiera Mashayikh, mempamerkan panahan cemerlang sebelum tewas 4-6 kepada peserta dari Jawatankuasa Olimpik Russia, Elena Osipova, dalam pusingan 32 acara recurve individu.
![Pesawat Rusia bawa 28 penumpang dilaporkan hilang Pesawat Rusia bawa 28 penumpang dilaporkan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625557756_RUSSIA.jpg)
Pesawat Rusia bawa 28 penumpang dilaporkan hilang
Sebuah pesawat AN-26 Russia dengan 28 orang penumpang dilaporkan hilang di semenanjung Kamchatka di timur Russia, kata pihak berkuasa hari ini.
![Menuju puncak! Sara Sofea yang pernah tawan Gunung Elbrus raih 9A SPM Menuju puncak! Sara Sofea yang pernah tawan Gunung Elbrus raih 9A SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624334588_SPM.jpg)
Menuju puncak! Sara Sofea yang pernah tawan Gunung Elbrus raih 9A SPM
Ternyata penglibatan dalam aktiviti sukan lasak tidak menghalang remaja berusia 18 tahun ini mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
![COVID-19: Kes jangkitan melebihi 141 juta, korban lebih 3 juta COVID-19: Kes jangkitan melebihi 141 juta, korban lebih 3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612134391_KematianCOVID.jpg)
COVID-19: Kes jangkitan melebihi 141 juta, korban lebih 3 juta
Angka kes positif kini meningkat kepada 141.01 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.6 juta kes.