LAHORE:Bandaraya Lahore di Pakistan dilanda jerebu pada Khamis sekali gus memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada puluhan ribu penduduk terutama terhadap golongan yang menghadapi masalah pernafasan dan sakit mata.
Keadaan itu membuatkan kadar pencemaran udara di bandar raya itu kini dikategorikan sebagai paling bahaya, sekali gus memberi tekanan kepada pasukan perubatan yang berdepan cabaran peningkatan kes positif COVID-19 dan angka kematian.
Indeks kualiti udara di bandar raya itu dilaporkan mencecah bacaan 750 iaitu 12 kali ganda lebih tinggi berbanding tahap yang disarankan.
Menurut pakar, punca utama pencemaran itu adalah disebabkan penggunaan pengangkutan dan sektor industri tenaga.
Sejak Mac, Lahore dilaporkan bebas daripada pencemaran udara susulan pelaksanaan perintah berkurung bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Namun, selepas sekatan pergerakan ditarik semula Mei lalu, kebanyakan sektor ekonomi kembali beroperasi sekali gus menyebabkan peningkatan aktiviti yang mencemarkan udara.
Susulan itu, kerajaan menggesa orang ramai agar sentiasa menggunakan pelitup muka sebagai pelindung daripada pencemaran udara dan virus COVID-19.
Agensi
Thu Nov 12 2020
Kadar pencemaran udara di bandar raya itu kini dikategorikan sebagai paling bahaya. Foto: AP
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.
Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.
Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.
Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.