BANGKOK: Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik migran menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura, menurut laporan baru oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).
Laporan itu yang berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 1,201 pekerja domestik migran antara Julai dan September 2022 di Malaysia, Singapura, dan Thailand, menyatakan bahawa tempoh waktu kerja yang panjang dan upah rendah adalah satu yang lazim bagi pekerja domestik migran di semua negara yang ditinjau.
Dalam laporan berjudul "Skilled to care; forced to work? Recognizing the skills profiles of migrant domestic workers in ASEAN amid forced labour and exploitation", terdapat 29 peratus pekerja domestik migran di Malaysia yang berada di bawah definisi statistik ILO mengenai buruh paksa, begitu juga dengan 7 peratus pekerja yang disurvei di Singapura dan 4 peratus di Thailand.
Laporan itu menyatakan petunjuk ketidakrelaan termasuk tidak dapat berhenti daripada pekerjaan mereka, terpaksa tinggal dalam pekerjaan lebih lama daripada yang sepatutnya, dan dipaksa bekerja tanpa bayaran lebih masa, antara lain.
"Di ketiga-tiga negara, secara purata pekerja domestik yang ditinjau bekerja tempoh waktu kerja melebihi tempoh yang ditetapkan bagi pekerja lain. Apabila disesuaikan dengan standard tempoh kerja antarabangsa, tidak ada responden dalam penelitian ini yang mendapat upah minimum," katanya.
Sementara itu, Anna Engblom, Penasihat Teknik Utama program ILO TRIANGLE in ASEAN yang menghasikan kajian itu mengatakan bahwa hal itu tidak dapat diterima lagi.
Laporan itu juga menunjukkan penyertaaan terhad pekerja domestik migran dalam skema jaminan sosial, satu situasi yang akan meningkatkan lagi isolasi pekerja dan kerentanan mereka terhadap praktik buruh paksa.
Laporan itu menyatakan bahwa beberapa negara juga membataskan peluang pekerja domestik untuk membentuk atau menyertai kesatuan sekerja atau melakukan perundingan kolektif.
Engblom berkata bahwa pekerja domestik perlu diakui sebagai pekerja mahir dalam hal gaji dan syarat-syarat kerja.
Tinjauan itu mengesyorkan agar pihak berkenaan meratifikasi dan melaksanakan Konvensyen ILO tentang Pekerja Domestik, 2011 (No. 189), Konvensyen Buruh Paksa, 1929 (No. 29), dan Protokol 2014 untuk Konvensyen Buruh Paksa, 1930 untuk memastikan bahwa pekerja domestik menikmati hak yang setara dengan pekerja lain, mahupun secara undang-undang atau dalam praktik.
Laporan itu dihasilkan oleh ILO sebagai sebahagian daripada program TRIANGLE in ASEAN, yang dibiayai oleh Jabatan Urusan Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT) dan Global Affairs Canada (GAC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Laporan itu menyatakan bahawa tempoh waktu kerja yang panjang dan upah rendah adalah satu yang lazim bagi pekerja domestik migran di semua negara yang ditinjau. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ILO naik taraf Palestin kepada status negara pemerhati bukan anggota
ILO mengundi untuk menaik taraf status Palestin secara rasmi daripada "gerakan pembebasan" kepada "negara pemerhati bukan anggota".

AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan - Kajian ILO
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan.

Kurangnya jaringan keselamatan sosial sebabkan eksploitasi buruh di Thailand, Malaysia, Singapura - Laporan ILO
Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik migran menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura.

ILO, Kedutaan AS diminta maklum siasatan berhubung buruh paksa kepada KSM
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, diminta memaklumkan sebarang siasatan berhubung buruh paksa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), bagi mencari ja

MPOA lancar piagam perlindungan pekerja
Industri kelapa sawit Malaysia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman pengurusan Eropah yang menghargai dan menghormati hak pekerja.

FGV jangka formalkan pelantikan juruaudit bebas pada November 2021
Ia bagi memastikan skop dan metodologi audit memenuhi kehendak dan jangkaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.

IOI Corp akan jalani audit mengenai dasar buruh
Audit akan berusaha mencari sebarang ketidakpatuhan terhadap dasar buruh atau keadaan kerja yang tidak memuaskan.

Malaysia sentiasa utamakan amalan buruh baik di sektor agrikomoditi - Mohd Khairuddin
Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak.

Menghayati tema Hari Belia
Kedua-dua tema ini mengiktiraf peranan yang boleh dimainkan oleh golongan belia dalam merangka perubahan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri Buruh Asean bincang isu pekerja terjejas akibat COVID-19
Saravanan telah berkongsi maklumat mengenai tindakan dan inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.