Taman Negara Khao Yai, kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan kereta dari Bangkok merupakan antara tarikan pelancongan alam sekitar dan tanah tinggi yang semakin popular di Thailand.
Menurut pihak berkuasa Taman Negara Thailand, tahun lepas sahaja sebanyak 1.2 juta pelancong luar dan dalam negara melawat taman negara yang terletak di wilayah Nakhon Ratchasima (juga dikenali Korat) di Timur Laut Thailand itu.
Taman Negara Khao Yai meliputi kawasan keluasan 300km persegi dan merupakan taman negara ketiga terbesar di Thailand, memiliki pelbagai tarikan daripada hidupan liar kepada kawasan pertanian musim sejuk seperti strawberi.
Bagaimanapun ladang Bunga Matahari yang terdapat di tanah tinggi taman negara itu kini muncul sebagai antara tarikan utama yang menggamit kedatangan pelancong dalam dan luar Thailand.
Pelancong sanggup menempuh perjalanan jauh termasuk dari China dan tidak kurang juga dari Malaysia untuk mengabadikan kenangan di hamparan lading Bunga Matahari yang terbentang luas serta indah di Taman Negara Khao Yai.
Dengan cuaca sejuk di Khao Yai bermula November hingga awal Januari menyebabkan suhunya mencapai sekitar 20 darjah Celcius pada waktu siang dan kira-kira 10 darjah Celcius pada malam, bilangan pelancong ke ladang Bunga Matahari terutamanya pada cuti umum melonjak.
Menurut pihak berkuasa Pelancongan Thailand, ladang-ladang ini semakin popular dengan semakin banyak ladang Bunga Matahari dibuka di kawasan berhampiran Khao Yai seperti Saraburi dan Lopburi.
Bagi menampung kebanjiran pelancong, puluhan hotel serta resort dengan pelbagai reka bentuk menyerupai bangunan di United Kingdom dengan nama seperti 'Thames Valley' dan'Notting Hill' serta Lembah Tuscan di Itali sedia menerima kedatangan mereka.
Antara lain, Taman Negara Khao Yai juga memiliki 'Toscana Valley' yang direka bentuk persis perkampungan di Florence, Itali yang juga menjadi tarikan pelancong taman negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017

Ladang bunga matahari yang terdapat di Taman Negara Khao Yai menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk mengunjungi taman negara di timur laut Thailand itu. --fotoBERNAMA

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

Cili Padi dan bunga matahari, semua generasi ada kenangan dengan Jaafar Onn
Allahyarham Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.

TMSM 4: Tekaan tepat, Stacy di sebalik topeng bunga matahari
Misteri siapa di sebalik topeng bunga matahari akhirnya terungkai.

Ladang bunga matahari pertama guna dron
Sebuah ladang bunga matahari yang terletak di Queensland menggunakan teknologi dron sepenuhnya untuk tujuan penanaman.

Import minyak sawit Malaysia di India susut
Jumlah import minyak sawit India dari Malaysia terbukti susut sebagaimana dipaparkan dalam data bulan terbaharu yang dikeluarkan oleh sebuah persatuan perdagangan New Delhi pada Jumaat.

Bunga matahari simbol memperingati MH17 - Keluarga
Beberapa bahagian bangkai pesawat MH17 ditemui di ladang bunga matahari di Ukraine.

Ladang bunga matahari tarik pelancong ke Taman Negara Khao Yai
Tahun lepas sahaja sebanyak 1.2 juta pelancong luar dan dalam negara melawat taman negara yang terletak di wilayah Nakhon Ratchasima (juga dikenali Korat) di Timur Laut Thailand itu.