JAKARTA: Kerajaan Indonesia belum memberikan prioriti terhadap laluan baharu menghubungkan negara ini dengan Malaysia melalui Selat Melaka, menurut media tempatan.
Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.
Untuk menjadikannya realiti, jurucakap Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Indonesia dipetik sebagai berkata pihaknya harus mengkaji dahulu supaya dapat menjadikannya sebagai asas dasar kerajaan.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak pernah mendengar kementerian membincangkan isu ini di peringkat kerjasama teknikal dalam rangka hubungan dua hala Indonesia-Malaysia," kata Endra S. Atmawidjaja.
BACA: Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia akan dibina di Melaka
Minggu lepas kerajaan negeri Melaka mengumumkan rancangan pembinaan laluan baharu sama ada terowong atau jambatan dari Masjid Tanah, Melaka ke Dumai, Riau sepanjang 120 kilometer.
Menurut Bisnis.com, cadangan pembinaan jambatan pernah dikemukakan kerajaan Wilayah Riau dan Malaysia 10 tahun lalu namun tidak direalisasi kerana bukan keutamaan kerajaan Indonesia.
"Saya belum memikirkannya (jambatan Melaka)," kata Menteri Kerja Raya Indonesia, Djoko Kirmanto sambil menambah 'dalam negara perlu diselesaikan dahulu sebelum yang berkaitan luar negara'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
AirAsia X terbang ke Afrika dengan laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi
Terdapat permintaan yang tinggi untuk perjalanan di antara ASEAN dan Afrika, terutamanya ke Malaysia.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Tourism Malaysia yakin sasaran 27.3 juta pelancong asing tahun ini dapat dicapai
Pada tahun lepas lebih 20 juta pelancong asing datang ke Malaysia, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 19.1 juta pelancong.
Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional
Peserta industri diharap giat mencari kesambungan baharu di antara Malaysia dengan wilayah lain selain China, Korea Selatan dan Turki.
Pengecualian visa untuk pelancong China dijangka tingkat pendapatan pelancongan Thailand
Pengecualian visa untuk pelancong China ke Thailand dijangka menjana pendapatan pelancongan sekitar 92.58 hingga 140 bilion baht (100 baht = RM13.08) dalam tempoh lima bulan.
Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu
Saarani berkata, inisiatif itu turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.
TransNusa Indonesia sedia lancar laluan Jakarta-Johor Bahru mulai 7 Sept
PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.
Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.