SEBELAS gerabak kereta api kargo tergelincir selepas landasannya dibom dalam kejadian antara stesen Hat Yai dan Padang Besar di daerah Sadao di Songkhla pada Sabtu.
Bangkok Post melaporkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Kejadian berlaku ketika tren kargo No.707 yang beroperasi antara Hat Yai dan Padang Besar menghampiri stesen kereta api Khlong Ngae di kampung Tha Phor Ork Moo 2 di tambon Tha Phor sejurus selepas tengah hari.
Sebelas daripada 20 gerabak itu terkeluar daripada landasan, yang turut mengalami kerosakan teruk.
Empat kakitangan kereta api itu iaitu dua pemandu, seorang juruteknik dan seorang kakitangan, bagaimanapun tidak cedera.
Kereta api itu dilaporkan mengangkut getah ke Malaysia.
Penguat kuasa undang-undang dan pihak berkuasa kereta api Thailand yang membuat siasatan menemui kesan letupan bom dan sedang menyiasat pihak bertanggungjawab.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Penguasa Polis Sadao Kol Bantern Laochareng berkata siasatan awal mendapati letupan bom tersebut menyebabkan kereta api barang itu tergelincir menyebabkan kontena jatuh daripada landasan.
Insiden itu turut menyebabkan landasan mengalami kerosakan teruk.
"Siasatan awal mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram (kg) ditanam di atas landasan.
"Kami menemukan lubang besar di trek," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Berikutan itu, laluan Hatyai-Padang Besar akan ditutup selama beberapa hari bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan bermula esok
Agensi
Sat Dec 03 2022

Penguat kuasa yang membuat siasatan menemui kesan letupan bom dan sedang menyiasat pihak bertanggungjawab. - Gambar/ Facebook Thai Train Guide

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom
11 gerabak kereta api kargo tergelincir selepas landasannya dibom dalam kejadian antara stesen Hat Yai dan Padang Besar.