JAKARTA:Pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI), Habib Rizieq Shihab menyerah diri kepada pihak berkuasa atas dakwaan menghasut orang ramai melanggar sekatan COVID-19 dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran.
Rizieq yang mengabaikan beberapa saman dan notis terhadapnya sebelum ini, tiba di Ibu Pejabat Polis Jakarta sehari selepas diberi amaran akan ditangkap.
Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus memaklumkan, Rizieq dituduh melanggar protokol kesihatan wabak COVID-19 dengan mengadakan majlis keramaian sambutan Maulidur Rasul dan perkahwinan anak perempuannya.
Rizieq boleh dipenjara sehingga enam tahun jika didapati bersalah menghasut orang ramai melanggar peraturan kesihatan itu serta menghalang penguatkuasaan undang-undang.
Kehadiran Rizieq di beberapa majlis di Jakarta dan Jawa Barat menarik perhatian ramai pengikutnya yang mengabaikan penjarakan fizikal serta gagal memakai pelitup muka.
Pemimpin FPI berusia 55 tahun itu mencetuskan pelbagai kontroversi sejak pulang ke Indonesia dari Arab Saudi pada 10 November lalu.
Rizieq meninggalkan Indonesia pada 2017 untuk mengerjakan umrah di Makkah, selepas polis mendakwanya dalam kes komunikasi pornografi, selain didakwa menghina Pancasila.
Polis menggugurkan kedua-dua pertuduhan itu tahun lalu kerana bukti yang lemah, namun pihak berkuasa Arab Saudi menyekatnya keluar dari negara itu tanpa sebarang penjelasan.
Rizieq kembali ke Indonesia pada November lalu, dengan ribuan penyokongnya berkumpul untuk menyambut ketibaannya di lapangan terbang.
FPI sebelum ini dilihat sebagai kumpulan politik kecil dan memiliki rekod merosakkan pusat hiburan malam, melempar batu ke arah duta Barat dan menyerang kumpulan agama yang berlawanan dengannya.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Dec 12 2020
Sambutan dari penyokong Habib Rizieq Shihab ketika menyambut kepulangannya dari Arab Saudi pada 10 Nov lalu di Jakarta.
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Prabowo akan diberikan sambutan negara, sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
Prabowo Subianto bakal adakan lawatan negara ke Malaysia
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), ini merupakan lawatan negara pertama Prabowo Subianto ke negara di rantau Asia Tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.