RAJA Carl XVI Gustaf mengambil langkah mengurangkan beban perbelanjaan Sweden dengan menggugurkan status kerabat lima cucu diraja termuda berumur satu hingga lima tahun dalam satu keputusan yang diumum pada Selasa.
Sehubungan itu, kelima-lima cucu termuda Raja Carl Gustav tidak lagi bergelar Yang Teramat Mulia, tidak perlu melakukan tugasan rasmi dan tidak ditanggung perbelanjaan melalui perbendaharaan negara.
Tindakan diambil sejajar dengan usaha Parlimen Sweden - Riksdag - tahun lalu yang menjalankan semakan dan siasatan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan keluarga diraja Sweden.
Secara umum, kerabat diraja Sweden yang kini berjumlah 10 orang masih popular dan disanjung tinggi oleh rakyat jelata.
Kelima-lima cucu Raja Carl XVI Gustav adalah anak kepada Putera Carl Philip dan adiknya Puteri Madeline.
Mereka kini bebas menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa tanpa sebarang hak warisan takhta Istana Sweden.
Kesemua mereka tidak lagi layak menggunakan gelaran Yang Mulia (His/Her Royal Highness) namun tetap kekal dalam golongan kerabat melalui pertalian darah dengan keluarga di Raja Sweden.
Razak Chik
Fri Oct 11 2019

Raja Sweden Carl XVI Gustaf dan isteri Queen Silvia melambai tangan kepada orang ramai ketika hadir pada satu majlis di Hamburg, Jerman, 6 Okt, 2016. REUTERS/Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Langkah berjimat - lucut hak kerabat
Tindakan diambil sejajar dengan usaha Parlimen Sweden - Riksdag - tahun lalu yang menjalankan semakan dan siasatan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan keluarga di raja Sweden.