Siklon Fani meninggalkan jejas kemusnahan selepas ia mendarat pada Jumaat di negeri Odisha, India apabila kehadirannya menyebabkan bekalan kuasa terputus dan banjir berlaku di banyak kawasan, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan.
Sekurang-kurangnya lapan orang maut, menurut para pegawai dan media tempatan.
"Tiga orang termasuk seorang remaja lelaki, telah dilaporkan terbunuh di daerah Puri manakala tiga lagi di Bhubaneswar dan kawasan berhampiran.
"Serpihan konkrit yang melayang telah terkena seorang wanita di Nayagarh, menyebabkan mangsa meninggal dunia.
"Seorang wanita warga emas pula meninggal dunia akibat sakit jantung di sebuah pusat perlindungan di daerah Kendrapara," lapor agensi berita Press Trust of India.
Jurucakap utama kerajaan India, Sitanshu Kar, berkata sejumlah 160 orang dilaporkan cedera.
Beberapa video yang menunjukkan kerosakan teruk bangunan dan hartanah lain kebanyakannya di ibu kota Bhubaneswar telah dimuat naik dalam media sosial.
Pada pagi Sabtu, Siklon Fani - siklon tropika paling kuat pernah melanda India dalam tempoh 20 tahun -- telah membadai negeri Bengal Barat dan pakar meteorologi berkata ia akan terus bergerak ke arah Bangladesh.
BACA: Taufan Fani: Ratusan ribu penduduk India mula dipindahkan
Ia berkemungkinan besar akan melemah kepada ribut siklonik dalam tempoh enam jam berikutnya, menurut satu kemas kini yang dikeluarkan pada awal Sabtu oleh Jabatan Meteorologi.
Menurut Philip Klotzbach dari Universiti Negeri Colorado, Fani adalah siklon terkuat pada awal tahun ini di Lautan Hindi Utara selepas Siklon Nargis pada 2008.
Terdahulu, pegawai bantuan memaklumkan Anadolu bahawa lebih sejuta penduduk telah dipindahkan ke lokasi lebih selamat di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019

Penumpang kereta api berehat setelah terkandas di sebuah stesen kereta api susulan perkhidmatan bagi perjalanan antara Kolkata dan Odisha dibatalkan akibat Siklon Fani, di Kolkata, India, 3 Mei, 2019. REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.