
Syarikat penerbangan rugi jutaan, industri tuntut penjelasan - Tony Fernandes
Gangguan IT global yang mencetuskan kegagalan sistem serta huru-hara dalam urusan orang ramai telah menyebabkan banyak syarikat penerbangan kehilangan pendapatan mencecah jutaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
BERITA PENUH DI SINI
CrowdStrike akui gangguan pada sensor felcon
Gangguan IT global: Apa kesan kepada keselamatan siber negara?
NACSA sahkan pelbagai sektor kritikal terjejas di Malaysia
AEON Bank sahkan operasi tidak terjejas
Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.
Dunia dikejutkan dengan berita gangguan Windows yang telah menjejaskan kebanyakan operasi bank, syarikat penerbangan, dan organisasi lain di seluruh dunia.
BERITA PENUH DI SINI
MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas dan tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatannya.
Bagaimanapun, katanya isu ini telah menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuk dalam talian Firefly.
"Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu ini dan memulihkan sistem secepat mungkin," menurut MAG dalam kenyataan hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Terlepas penerbangan? Ini cara mohon pemulangan tambang!
Adakah anda antara mereka yang mungkin menghadapi masalah terlepas penerbangan akibat gangguan IT global?
Kami sediakan artikel ini untuk bantu anda memulakan proses pemohonan pemulangan tambang.
BERITA PENUH DI SINI
Apa kesan kepada keselamatan siber negara?
Gangguan IT telah dibaiki, kata Microsoft
Microsoft pada Jumaat mengesahkan gangguan IT global yang menjejaskan beberapa perkhidmatan awam dan penerbangan di beberapa buah negara sudah dibaiki.
Namun, beberapa isu-isu kecil masih lagi menjejaskan aplikasi dan perkhidmatan Office 365.
BERITA PENUH DI SINI
AirAsia turut terkesan, daftar masuk terjejas
AirAsia petang ini mengesahkan turut terjejas dengan gangguan siber yang sedang berlaku di banyak negara di seluruh dunia.
Syarikat penerbangan itu menerusi media sosialnya memberitahu, gangguan tersebut menjejaskan sistem tempahan daftar masuknya.
BERITA PENUH DI SINI
Gangguan IT global: Ini 6 perkara anda perlu tahu
Gangguan IT global yang berlaku hari ini telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal, menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia.
Ini apa yang anda perlu tahu...
Gangguan siber CrowdStrike jejas operasi termasuk di lapangan terbang
Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
: Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berkata tiada pembatalan penerbangan berlaku meskipun ia mengalami gangguan sistem dalaman.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas
Perisian yang dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan perjalanan operasi di beberapa negara termasuk Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Gangguan itu menyaksikan mesin pelayan dan juga komputer berdepan isu BSOD ataupun Blue Screen of Death yang memaksa penutupan sesebuah komputer.
BACA BERITA PENUH DI SINI

Niaga AWANI

AWANI Jr

Komuniti AWANI

AWANI Sarawak

Awani 7.45

Agenda AWANI

AWANI Pagi

Cerita Normal Baharu

Consider This

Notepad with Ibrahim Sani

Let's Talk

The Future is Female

AWANI Review

AWANI Byte

Undi Bootcamp

KiniTV

Menang Saham

Kamek Anak Sarawak

Lan Berdagang

Health Matters

Bual Bola

Week Ahead

Fokus Minggu Depan

Agenda AWANI Asia

AWANI Global
