RIYADH: Kerajaan Kerajaan Arab Saudi bertegas tetap mengharamkan urusan import pokok dan perhiasan Krismas meskipun membenarkan sambutan perayaan di negara itu.
Media tempatan Saudi Alwatan dipetik dari The New Arab melaporkan larangan oleh Kerajaan Arab Saudi kerana menganggap tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Pihak Berkuasa Zakat, Cukai dan Kastam Saudi (ZATCA) mengesahkan perkara ini dan menyifatkan pokok Krismas sebagai lambang kepercayaan orang bukan Islam.
Tindakan ini menyebabkan segelintir pihak mengecam pihak berkuasa Saudi kerana mengharamkan pokok dan hiasan Krismas di tengah-tengah gelombang liberalisasi di negara itu.
Terdahulu, Arab Saudi membenarkan perayaan Halloween, konsert dan aktiviti hiburan lain.
"Adakah agama kita begitu rapuh sehingga kepercayaan boleh dipengaruhi hanya melalui pokok Krismas? Atau juga penyertaan dunia dalam menyambut hari lahir seorang utusan yang kelahirannya kita ketahui?" komen wartawan Saudi, Turki Al Hamad di Twitter.
"Saudi hari ini adalah negara penuh toleransi dan menerima semua agama dan mazhab. Adakah keputusan ini membantu untuk memaparkan imej yang dimaksudkan? Saya tidak fikir begitu," kata Al Hamad lagi.
Sementara itu, ZATCA bukan sahaja mengharamkan pokok Krismas dan perhiasan malah barangan yang menjadi lambang agama tertentu selain Islam juga dilarang oleh pihak berkuasa memasuki Arab Saudi.
Pihak Berkuasa Kastam Saudi sebelum ini menjawab soalan salah seorang netizen Arab Saudi berkenaan kebenaran mengimport pokok Krismas di negaranya.
ZATCA menjelaskan dalam akaun Twitternya bahawa barangan ini masih dilarang diimport menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Bagaimanapun, ciapan ZATCA yang menjawab kepada soalan netizen itu kemudian dipadamkan di Twitter tanpa sebab. Cubaan media untuk menghubungi pihak berkuasa Saudi untuk pengesahan, tidak berjaya mendapat maklum balas.
Faida Rahim
Wed Nov 09 2022
Sementara itu, ZATCA bukan sahaja mengharamkan pokok Krismas dan perhiasan malah barangan yang menjadi lambang agama tertentu selain Islam juga dilarang oleh pihak berkuasa memasuki Arab Saudi. - Sinar Harian
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
#Ringkas 7 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Februari 2025
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.