ASTANA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke Kazakhstan bermula esok diyakini akan menjadi pencetus sinergi kepada hubungan lebih erat dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara yang terjalin sejak 32 tahun lepas.
Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Mohd Adli Abdullah berkata kali terakhir Perdana Menteri Malaysia melawat negara Asia Tengah itu ialah pada 2014.
"Lawatan rasmi ini melambangkan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala yang sedia terjalin sejak 16 Mac 1992 mencakupi pelbagai sektor.
"Ini termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, industri halal dan sebagainya demi manfaat bersama," katanya kepada media sempena lawatan rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.
Mohd Adli berkata lawatan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dijangka memberi peluang kerjasama bagi menerokai bidang dan sektor baharu seperti perbankan Islam, teknologi maklumat, industri dan ekosistem halal, perlombongan, tenaga boleh diperbaharui, farmaseutikal serta pembangunan infrastruktur.
Beliau berkata lawatan Perdana Menteri juga diharap akan mengalakkan Kazakhstan untuk menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk ke negara ASEAN dan sebaliknya, lebih-lebih lagi dengan adanya penerbangan terus antara Kuala Lumpur dengan Almaty yang ditawarkan oleh dua syarikat penerbangan dari Malaysia.
"Sekarang ini ada empat penerbangan terus antara Kuala Lumpur dengan Almaty setiap minggu. Pada 2019, jumlah pelancong dari Kazakhstan ke Malaysia adalah seramai 18,138 dan jumlah itu bertambah 250 peratus atau peningkatan kira-kira 8,298 pada akhir tahun lepas," katanya.
Selain itu, Mohd Adli berkata pemain industri halal di Malaysia boleh memanfaatkan pasaran halal di Kazakhstan kerana kira-kira 70 peratus daripada 20 juta penduduknya beragama Islam.
"Di negara ini ada 2,900 masjid, ada banyak pensijilan halal dengan dua daripadanya menggunakan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Association of Halal Industry of Kazakhstan (AHIK) dan Halal Damu," katanya.
Menjelas lanjut mengenai lawatan Anwar esok, beliau berkata Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev di sini pada 2.15 petang waktu tempatan (4.15 petang waktu Malaysia).
Beliau berkata delegasi Perdana Menteri akan disertai Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar serta pegawai-pegawai kanan daripada kementerian dan agensi.
Mohd Adli berkata antara yang dijangka menyambut ketibaan Anwar ialah Perdana Menteri Kazakhstan Olzhas Bektenov, Timbalan Menteri Luar Negeri Kazakhstan Alibek Bakayev, Datuk Bandar Astana Zhenis Kassymbek selain beliau sendiri serta pegawai Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Beliau berkata sebaik tiba, Perdana Menteri dan delegasi akan singgah ke Astana Grand Mosque iaitu masjid terbesar di Asia Tengah dan antara yang terbesar di dunia serta menjadi pusat kegiatan keagamaan yang penting di bandar raya ini.
Selepas itu, Perdana Menteri akan disambut dalam Upacara Sambutan Rasmi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda) disusuli dengan pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin dan mesyuarat membabitkan kedua-dua belah pihak.
"Satu dokumen Kenyataan Bersama akan diperakui selepas mesyuarat tersebut dan pada sebelah malam, Perdana Menteri dan delegasi bakal diraikan dalam satu majlis makan malam rasmi oleh Tokayev.
Sebelum mengakhiri lawatan rasmi dua hari itu, Perdana Menteri pada Khamis akan menyampaikan ucapan dalam Sesi Meja Bulat berkaitan kerjasama perdagangan dan pelaburan membabitkan kedua-dua negara yang bertujuan menyediakan platform bagi syarikat berpotensi dari Malaysia dan Kazakhstan untuk meluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan serta pelaburan.
Selain itu, Perdana Menteri akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan agensi berkaitan kerajaan serta syarikat perniagaan kedua-dua belah pihak.
"Kata kunci kepada lawatan rasmi ini ialah mengeratkan dan mengukuhkan lagi iltizam kita untuk tidak berpuas hati dengan tahap hubungan sekarang tetapi berusaha bersungguh-sungguh memantapkannya demi kesejahteraan kedua-dua negara dan rakyat, khususnya," kata Mohd Adli.
Selepas Kazakhstan, Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Mohd Adli berkata kali terakhir Perdana Menteri Malaysia melawat negara Asia Tengah itu ialah pada 2014. - Gambar Bernama

Kajian sahkan beras putih tempatan dicampur dalam beras import
Sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Kehilangan Hud Aryan tiada unsur jenayah - Polis
Pencarian diteruskan dengan bantuan dua ekor anjing pengesan K9, melibatkan kawasan seluas tiga kilometer di sungai dan darat.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila siap kelak.
AWANI Ringkas: Keselamatan produk berkaitan bayi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Framework kini memasuki arena komputer desktop
Framework Desktop mempunyai panel hadapan yang boleh diperibadikan dengan jubin plastik pelbagai warna.
Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati untuk ADMM 2024-2027
Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) hari ini mencapai kata sepakat untuk menerima Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.

'Guarantee letter': Perbezaan caj rawatan di hospital swasta perlu kajian terperinci - Timbalan menteri
Kajian terperinci perlu dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj rawatan hospital swasta antara pesakit yang menggunakan 'guarantee letter' dan mereka yang membayar tunai.
“Terlalu banyak perisa sampai BP pun naik” - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berpesan agar editor media berpada-pada memilih tajuk utama untuk menyampaikan berita.
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Nahas penuntut UiTM Dungun: Bicara kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Hakim membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk memindahkan kes Norizan Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan.

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.