HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc di Istana Presiden di sini petang ini.
Pada pertemuan lebih 40 minit itu kedua-dua pihak masing-masing menzahirkan perhargaan atas hubungan baik yang terjalin selama ini dan Ismail Sabri turut mengundang Presiden Vietnam itu untuk berkunjung ke Malaysia bagi mengeratkan hubungan dua hala.
Beliau turut memuji layanan baik yang diberikan pihak Vietnam kepadanya dan seluruh delegasi Malaysia.
Senada dengan Ismail Sabri, Phuc juga berharap hubungan Kuala Lumpur-Hanoi bertambah erat selaras dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun hadapan.
Selepas bertemu Phuc, Perdana Menteri bersama delegasi membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV) Nguyen Phu Trong, di Ibu pejabat CPV.
Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri berkata beliau yakin lawatan sulungnya ke negara itu juga akan akan meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Mengakhiri lawatan rasmi dua harinya ke Vietnam, Perdana Menteri membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi Dewan Rakyat Vuong Dinh Hue, di Bangunan Dewan Rakyat di sini.
"Sepanjang berada di Vietnam pihak kami mendapat layanan yang sangat baik dan mesra daripada Kerajaan Vietnam," kata Ismail Sabri.
Hue pula berkata Kerajaan Vietnam yakin lawatan Perdana Menteri akan terus mengeratkan hubungan kedua-dua negara.
Semasa ketiga-tiga pertemuan itu Ismail Sabri menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan yang kemudiannya diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan pegawai-pegawai kanan.
Pagi tadi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, disambut dengan hamparan permaidani merah dan diberikan sambutan rasmi sebaik tiba di perkarangan Istana Presiden dan ketibaan beliau disambut oleh rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh.
Kunjungan sulung Perdana Menteri ke Vietnam ini adalah atas undangan Chinh.
Ismail Sabri yang tiba semalam dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pagi Selasa selepas mengadakan sidang akhbar dengan media Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Pada pertemuan itu kedua-dua pihak masing-masing menzahirkan perhargaan atas hubungan baik yang terjalin selama ini. - Gambar/ Bernama
Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI
BMI menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa bulan berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu AS.
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.