NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris meneruskan lawatan ke Vietnam pada Selasa selepas mengalami kelewatan.
Terdahulu, delegasi beliau menangguhkan perjalanan ke negara itu gara-gara kebimbangan mengenai penyakit misteri iaitu sindrom Havana.
Harris tiba di Hanoi selepas kelewatan selama tiga jam di Singapura.
Washington sebelum itu menyalahkan laporan mengenai individu yang menjadi sasaran sindrom Havana.
Sindrom berkenaan tidak diketahui asal-usulnya dan mempunyai gejala seperti pening, mual, migrain dan hilang ingatan.
BACA: Penerbangan Kamala Harris ke Vietnam tertangguh susulan 'insiden kesihatan' di Hanoi
BACA: Naib Presiden AS, Kamala Harris, tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
BACA: AS usaha kukuhkan, eratkan hubungan dengan Indo-Pasifik - Kamala Harris
Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki berkata, kes sindrom Havana dilaporkan di Vietnam sebelum lawatan Harris, namun ia tidak disahkan.
Penilaian keselamatan dilakukan sebelum menghantar Harris ke negara itu, tambahnya.
"Pejabat Naib Presiden difahamkan terdapat laporan berhubung insiden kesihatan yang tidak wajar yang mungkin berlaku baru-baru ini di Hanoi," menurut Kedutaan AS di Vietnam.
Menurut Pengarah CIA William Burns, kira-kira 200 pegawai diplomatik AS jatuh sakit disebabkan sindrom Havana.
CIA kini menyiasat kemungkinan insiden berkaitan sindrom ini didalangi Rusia.
Astro Awani
Tue Aug 24 2021
Kamala Harris melambai ketika menaiki kapal terbang meninggalkan Singapura untuk berlepas ke Vietnam, 24 Ogos, 2021. (Foto AP)
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden
Naib Presiden Kamala Harris mempengerusikan sesi itu dalam peranan perlembagaannya sebagai presiden Senat.
Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin menghubungi Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump bagi menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden.
Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'
Donald Trump berjaya memenangi negeri Arizona dalam pilihan raya presiden pada Sabtu, menewaskan pencabarnya dari Parti Demokrat Kamala Harris.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
“Kita mesti terima keputusan pilihan raya ini” - Kamala Harris
Kamala Harris berucap buat pertama kali di alma mater beliau, Howard University, Washington, selepas kalah pada Pilihan Raya Presiden kelmarin.
Harris terima kekalahan, hubungi Trump bincang peralihan kuasa secara aman
Kamala Harris hubungi Donald Trump untuk ucap tahniah selepas pesaingnya itu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.