WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengecam retorik China mengenai kemungkinan lawatan Speaker Dewan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.
Washington turut berikrar tidak akan termakan umpan dan tidak berminat untuk meningkatkan ketegangan dengan China.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, John Kirby berkata keputusan untuk mengadakan lawatan ke Taiwan adalah hak Pelosi.
Jelasnya ahli kongres sememangnya kerap melawat Taiwan sebelum ini.
Dalam pada itu, Kirby berkata pegawai pentadbiran bimbang Beijing akan menggunakan lawatan itu sebagai alasan untuk mengambil tindak balas provokatif.
Ini termasuk tindakan ketenteraan China seperti menembak peluru berpandu di Selat Taiwan atau sekitar negara itu.
Sementara itu, pentadbiran AS mengecam China ketika Pelosi mengadakan perbincangan dengan pegawai di Singapura menandakan permulaan jelajah Asianya, pada Isnin.
BACA: Lawatan Pelosi: Hubungan AS-China penting demi keamanan, keselamatan serantau - PM Singapura
Walaupun tiada pengumuman rasmi, media tempatan di Taiwan melaporkan Pelosi akan tiba pada Selasa malam.
Ini menjadikan Pelosi pegawai tertinggi AS yang dilantik untuk melawat dalam tempoh lebih 25 tahun.
The United Daily News, Liberty Times dan China Times, tiga akhbar nasional terbesar Taiwan memetik sumber tidak dikenali sebagai berkata Pelosi akan tiba di Taipei selepas melawat Malaysia.
Perkara itu mencetuskan kemarahan Beijing yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri dan telah berulang kali memberi amaran tentang "akibat serius" jika lawatan itu diteruskan.
Presiden China, Xi Jinping juga memberi amaran kepada AS agar tidak campur tangan dalam urusan Beijing dengan pulau itu dalam panggilan telefon minggu lalu dengan Presiden Joe Biden.
China terus meningkatkan tekanan diplomatik dan ketenteraan ke atas Taiwan.
Ancaman tindakan balas terhadap lawatan Pelosi telah mendorong kebimbangan mengenai krisis baharu di Selat Taiwan yang boleh menjejaskan pasaran global dan rantaian bekalan.
Astro Awani
Tue Aug 02 2022
![Lawatan Pelosi: AS tidak berminat tingkat ketegangan dengan China Lawatan Pelosi: AS tidak berminat tingkat ketegangan dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631957545_TBJohnKirby.jpg)
John Kirby (foto) berkata keputusan untuk mengadakan lawatan ke Taiwan adalah hak Pelosi. -Gambar fail/AP
Niaga SPOTLIGHT: E-hailing Industry - Pricing Mechanisms and Sustainability
Malaysia’s e-hailing industry has become a crucial part of urban mobility, with projected revenue reaching RM2.29 billion by the end of 2025.
As of January, there were approximately 2.9 million e-hailing drivers around Malaysia.
Additionally, the number of users in the e-hailing market is expected to reach 11.47 million by 2029.
However, recent discussions around setting a minimum fare floor for e-hailing services have sparked controversy and the issue of sustainability.
Wan Agyl Wan Hassan, Founder, MY Mobility Vision discusses how the floor price proposal to offer a fairer income for drivers can be better managed while preventing a rise in fares that could hurt the affordability of public transport alternatives for the Rakyat.
As of January, there were approximately 2.9 million e-hailing drivers around Malaysia.
Additionally, the number of users in the e-hailing market is expected to reach 11.47 million by 2029.
However, recent discussions around setting a minimum fare floor for e-hailing services have sparked controversy and the issue of sustainability.
Wan Agyl Wan Hassan, Founder, MY Mobility Vision discusses how the floor price proposal to offer a fairer income for drivers can be better managed while preventing a rise in fares that could hurt the affordability of public transport alternatives for the Rakyat.
[TERKINI] Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
![Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729844608_TBmediasosial.jpg)
Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Cancel culture seringkali disasarkan kepada golongan dianggap bermasalah atau berperilaku negatif.
![Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738899754_TBkenderaanberat.jpg)
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
![Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738899395_TByadim.jpg)
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
![Chad umum Kabinet baharu Chad umum Kabinet baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738898086_TBMahamatIdriss.jpg)
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737951686_PalestiniansGaza.jpg)
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738707563_TBWhiteHouse.jpg)
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
![Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737377859_tbWhiteHouseFlag.jpg)
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
![Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737692765_DonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
![Trump pecat 12 pegawai badan pemerhati kerajaan Trump pecat 12 pegawai badan pemerhati kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737466456_DonaldTrump.jpg)
Trump pecat 12 pegawai badan pemerhati kerajaan
Pemecatan ini cara Donald Trump memberitahu dia takut pada kebertanggungjawaban dan bermusuhan terhadap fakta dan ketelusan, kata seorang Demokrat dari New York, Chuck Schumer.
![Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737420744_tbDonaldTrump.jpg)
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
![Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737416929_DonaldTrump.jpg)
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
![Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737414353_DonaldTrump.jpg)
Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam mesejnya berjanji untuk bekerjasama dengan Trump dalam menghadapi "peluang dan cabaran yang mendatang."
![Zaman keemasan Amerika kini bermula”- Donald Trump Zaman keemasan Amerika kini bermula”- Donald Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737409086_DonaldTrump.jpg)
"Zaman keemasan Amerika kini bermula”- Donald Trump
Kata Trump, beliau kembali ke White House sebagai Presiden AS ke-47 dengan "penuh keyakinan dan optimis."
![Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47 Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737408980_DonaldTrump.jpg)
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
![Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737377859_tbWhiteHouseFlag.jpg)
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden AS.