SINGAPURA: Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Turut mengangkat sumpah ialah barisan kabinet baharu termasuk bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta Teo Chee Hean yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan, dan Gan Kim Yong serta Heng Swee Keat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Saudara-saudari sekalian, malam ini saya mengambil alih sebagai Perdana Menteri dari Encik Lee. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati kerana diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Saya berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi semua rakyat Singapura.
“Kita hidup dalam dunia yang sering bergelora dan tidak menentu. Walaupun masa hadapan semakin mencabar, tetapi banyak juga peluang baharu. Sebagai rakyat yang bersatu-padu, saya yakin, kita boleh merebut peluang-peluang tersebut demi membina Singapura yang lebih baik.
“Sebagai Perdana Menteri saya akan turun padang mendekati rakyat dan berkerja keras untuk memperbaik mutu kehidupan anda. Ayuh kita berganding bahu dan bersatu hati untuk bersama-sama melakar masa hadapan baharu yang lebih cerah bagi semua,” kata pemimpin Kumpulan 4G itu lagi.
Wong berkata, beliau merupakan Perdana Menteri pertama yang lahir selepas kemerdekaan Singapura, termasuk sebahagian besar ahli Kumpulan 4G, dan beliau akan memimpin Singapura dengan cara tersendiri, tanpa mengabaikan nilai utama seperti bebas rasuah, meritokrasi, pelbagai kaum, keadilan dan kesaksamaan.
Tegasnya lagi, beliau sama sekali tidak akan berpegang kepada status quo, tetapi terus berusaha mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Singapura.
Pada 13 Mei lepas, Wong telah mengumumkan beberapa pembaharuan dalam barisan Kabinetnya, yang beliau sifatkan pengimbangan di antara kesinambungan dan pembaharuan kepimpinan.
Lee akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan, manakala Teo akan kekal dengan portfolio Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.
Bagi Timbalan Perdana Menteri, Gan, beliau akan memangku jawatan Perdana Menteri semasa ketiadaan Wong, selain memegang portfolio sebagai Penguasa Kewangan Singapura dan Ahli Kumpulan Strategi Pejabat Perdana Menteri, manakala Heng memegang portfolio sebagai Menteri Koordinasi untuk Polisi Ekonomi.
Terdahulu Tharman dalam ucapannya berkata, beliau yakin Wong mampu memimpin Singapura mengharungi laluan antarabangsa yang berbeza, sambil mengiktiraf kemampuan Perdana Menteri itu dalam membentuk polisi ekonomi dan sosial.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Lee yang luar biasa, dan telah meningkatkan status republik itu ke tahap yang tinggi, biarpun dikekang dua krisis utama seperti krisis ekonomi 2008 dan COVID-19 pada 2020.
Firdaus Azil
Wed May 15 2024

Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Rabu. - Foto tangkapan layar

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.

Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi
Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi.

PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.

Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari
Sebagai jiran rapat dan anggota pengasas ASEAN, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang lama, luas, dan pelbagai bidang.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.

Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.

PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.