
Banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin. - X @ElevenMyanmar
YANGON: Lebih 1,700 sekolah di sembilan kawasan dan negeri di seluruh Myanmar terpaksa ditutup sementara akibat banjir buruk, kata Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar pada Khamis.
Menurut pasukan maklumat itu, banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin.
Bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran, sekolah yang ditutup kerana banjir perlu mengadakan hari ganti persekolahan pada hari cuti.
Selain itu, sebanyak 1,120 sekolah telah mengalami kerosakan akibat bencana alam di seluruh negara.
-- BERNAMA


Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.