NEW YORK: Lebih 1,000 mangsa masih gagal dikenal pasti ketika Amerika Syarikat memperingati ulang tahun ke-22 serangan 9/11 pada Isnin, lapor Xinhua.
Satu upacara memperingati telah diadakan pada Isnin di Memorial Muzium 11 September Kebangsaan di Lower Manhattan, New York, di mana 2,977 orang yang terbunuh dalam serangan 11 September 2001 diberi penghormatan.
Beberapa hari sebelum itu, identiti dua mangsa - seorang lelaki dan seorang wanita yang namanya dirahsiakan atas permintaan keluarga mereka telah diumumkan.
Dua identiti berkenaan mewakili mangsa ke-1,648 dan ke-1,649 yang dikenal pasti sejak 2001 menggunakan ujian lanjutan oleh Makmal DNA New York City, menurut kenyataan media pejabat Datuk Bandar pada Jumaat.
Bagaimanapun, 1,104 mangsa - 40 peratus daripada mereka yang maut - masih gagal dikenal pasti, katanya.
Bilangan responden pertama 9/11 yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan berkaitan Ground Zero hampir sama dengan bilangan responden pertama yang meninggal dunia semasa serangan.
"Apabila menara runtuh pada hari yang mengerikan itu, kami kehilangan 343 Anggota Bomba Bandar New York. ...
"Pada tahun-tahun berikutnya, lebih 341 lagi ahli FDNY telah meninggal dunia akibat kanser dan penyakit yang jarang berlaku disebabkan oleh habuk toksik di Ground Zero," kata Persatuan Anggota Bomba Beruniform Greater New York menerusi catatan Facebook pada Isnin.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Orang ramai menyaksikan The Tribute in Light yang dipancarkan di langit di kawasan Lower Manhattan, New York dari seberang Sungai Hudson River di Jersey City, New Jersey, 11 Sept 2023. (Foto AP)

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lebih 1,000 mangsa gagal dikenal pasti meski 22 tahun berlalu serangan 9/11
Seramai 1,104 mangsa - 40 peratus daripada mereka yang maut - masih gagal dikenal pasti.