WASHINGTON: Lebih 1,800 penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa ditunda pada Ahad berikutan cuaca buruk.
Data FlightAware menunjukkan sehingga Ahad petang sebanyak 1,886 penerbangan telah ditunda manakala 55 lagi dibatalkan membabitkan penerbang keluar dan masuk, menurut United Press International (UPI).
Ahad selepas perayaan Thanksgiving menjadi satu daripada hari paling sibuk dalam setahun.
Terdapat 2,268,189 pengembara mendaftar masuk ke pusat pemeriksaan Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan pada Sabtu, lebih ramai berbanding 2019 dan sebelum pandemik COVID-19.
Jumlah pengembara pada Jumaat seramai 1,980,837 juga melepasi angka yang dicatatkan pada 2019.
Sistem cuaca meramalkan bahawa ribut sedang bergerak dari wilayah Sungai Mississippi ke timur laut hingga Ahad, mencetuskan hujan lebat dan angin kencang.
"... rancang perjalanan lebih awal dan tiba lebih awal jika anda melancong semasa tempoh percutian #Thanksgiving," kata pegawai Lapangan Terbang LaGuardia di New York City menerusi Twitter.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan dijangkakan terdapat 46,790 penerbangan pada Ahad. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022

Data FlightAware menunjukkan sehingga Ahad petang sebanyak 1,886 penerbangan telah ditunda manakala 55 lagi dibatalkan membabitkan penerbang keluar dan masuk. - Gambar hiasan FREEPICK

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Kelewatan perjalanan udara UK mungkin berterusan beberapa hari
Gangguan sistem kawalan udara United Kingdom (UK) memaksa ribuan penumpang syarikat penerbangan terkandas pada Isnin, dengan potensi gangguan berlanjutan.

Lebih 1,800 penerbangan ditunda pada Ahad di Amerika Syarikat
Sebanyak 1,886 penerbangan ditunda manakala 55 lagi dibatalkan berikutan cuaca buruk.