Menurut laporan itu, seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini. Daripada jumlah itu, kira-kira 1,000 individu yang tidak memiliki dokumen sah telah dihantar pulang selepas ditahan di Islamabad dan Rawalpindi, Pakistan.
Sejak pelaksanaan Pelan Penghantaran Pulang Warga Asing Tanpa Izin oleh Kerajaan Pakistan, lebih 825,600 rakyat Afghanistan telah kembali ke negara mereka, sejak 15 Sept 2023.
Kerajaan sementara Afghanistan terus menggesa migran Afghanistan di luar negara supaya pulang dan menyumbang kepada usaha membangunkan semula negara yang terjejas akibat peperangan.
-- BERNAMA