BANGKOK: Junta Myanmar memberi pengampunan kepada lebih 2,000 tahanan politik sempena sambutan Hari Wesak, lapor AP.
Khabar pembebasan tahanan itu disambut oleh ahli keluarga masing-masing yang sejak awal sudah mengerumuni pekarangan penjara untuk menantikan detik bermakna itu.
Kesemua tahanan itu dipenjara kerana didakwa menentang pemerintah dan pihak berkuasa. Tentera Myanmar sejak Februari 2021 sudah menangkap ribuan peserta tunjuk perasaan dan aktivis, sekali gus dilihat sebagai noktah kepada eksperimentasi demokrasi di negara itu.
Pengampunan itu diberikan kepada 2,153 tahanan yang menjalani hukuman di bawah kanun Jenayah 505, sempena sambutan bulan penuh Kasone, iaitu festival yang mengingati kelahiran Buddha.
Undang-undang berkenaan membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun.
Di Penjara Insein di Yangon, puluhan ahli keluarga berkumpul di hadapan pintu utama penjara sejurus pengumuman itu.
Sebuah bas berwarna kuning yang membawa bekas tahanan bergerak keluar dari pintu pagar penjara terus dikerumuni orang ramai bersama kertas yang bertulis nama ahli keluarga masing-masing, sambil mengharapkan ahli keluarga mereka itu antara yang berada di dalam kumpulan yang dibebaskan itu.
Ada ahli keluarga mendakwa pihak junta turut menahan individu yang tidak bersalah, dan langsung tidak terlibat dalam sebarang tunjuk perasaan atau menentang junta.
Pada masa sama, pihak junta dalam satu kenyataan berkata, pengampunan itu adalah “demi ketenangan fikiran dan atas sebab kemanusiaan.”
“Mereka yang mengulangi kesalahan akan ditangkap dan perlu meneruskan baki tempoh hukuman penjara berserta tempoh tambahan.”
Myanmar lazimnya memberikan pengampunan kepada ribuan banduan setiap kali ketibaan hari cuti umum atau perayaan keagamaan Buddha.
Agensi
Wed May 03 2023

Suasana pilu di pekarangan penjara yang menyaksikan tahanan politik akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. - AP

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.