TOKYO: Lebih 22,500 penduduk di wilayah Nagasaki Jepun dinasihatkan untuk berpindah berikutan hujan lebat melanda kawasan itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK pada Jumaat.
Hujan lebat yang melanda bandar Sasebo telah dianggarkan berada pada tahap keempat kecemasan daripada lima.
Tahap keempat bermakna orang ramai dikehendaki berpindah ke tempat selamat sementara berpeluang berbuat demikian.
Media melaporkan Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran pada Rabu mengenai keadaan atmosfera yang tidak stabil di barat daya Jepun, yang kemudiannya menyebabkan hujan lebat disertai guruh.
Cuaca buruk turut diramal melanda kawasan utara dan timur laut negara itu.
Agensi itu meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh, banjir, sungai melimpah, kilat dan angin kencang.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Fri Sep 15 2023

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran pada Rabu mengenai keadaan atmosfera yang tidak stabil di barat daya Jepun, yang kemudiannya menyebabkan hujan lebat disertai guruh. - Gambar hiasan

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Taufan Shanshan: Lebih 50 cedera di barat daya Jepun
Sekurang-kurangnya 54 orang cedera selepas taufan kuat melanda Kyushu, pulau utama di barat daya Jepun pada awal pagi Khamis.

Lebih 20,000 penduduk di Nagasaki Jepun dinasihat berpindah akibat hujan lebat
Lebih 22,500 penduduk di wilayah Nagasaki Jepun dinasihatkan untuk berpindah berikutan hujan lebat melanda kawasan itu.

Sejarah dan keindahan Nagasaki janjikan memori tersendiri kepada pelawat
Di sebalik sejarah hitam sebagai wilayah kedua dunia yang menjadi mangsa serangan nuklear, ada sisi lain yang boleh diteroka di bandar raya pelabuhan itu.

Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.

Taufan Haishen membadai Jepun, penduduk Kyushu mula berpindah
Taufan Haishen juga diramal cukup kuat sehingga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

Tongkang karam di Nagasaki, 3 selamat, 3 lagi hilang
Tongkang membawa muatan 100 tan dan enam anak kapal itu karam kira-kira pukul 3.40 pagi waktu tempatan selepas menghantar isyarat kecemasan.

Obama bakal buat kunjungan bersejarah ke Hiroshima
White House bagaimanapun menafikan andaian bahawa kunjungan itu bakal disertai acara permohonan maaf bagi kemusnahan nuklear pada tahun 1945.

10 perkara anda perlu tahu mengenai pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Sempena ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ke-70, berikut adalah 10 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai serangan tersebut.