ANGKA kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.
"...kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
"Agensi pertahanan awam kami tidak dapat menggeluarkan mereka, selain tidak dapat menangani serangan udara bertubi-tubi, kemusnahan dan pengeboman berlaku di setiap kawasan di Semenanjung Gaza," kata Ketua Dasar Awam di Pejabat Perdana Menteri Gaza Dr. Abdullah Waleed kepada Bernama ketika dihubungi melalui WhatsApp.
Dr. Abdullah berkata keperluan untuk mewujudkan pertahanan awam yang mampu bertindak balas dalam menangani bencana buatan manusia itu amat mendesak.
"Pertahanan awam semakin diperlukan sekarang, terutama tahap kemusnahan dan jumlah korban di Gaza sejak 7 Okt lepas tidak dapat dibandingkan dengan pencerobohan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata tiada lagi tempat selamat di wilayah yang dikepung itu, dengan tentera penceroboh Israel melakukan serangan hampir setiap jam, setiap hari tanpa henti.
"Kehidupan rakyat amat derita. Mereka hanya menggunakan apa sahaja yang ada dan jika boleh pergi ke kedai, susah untuk dapatkan barangan makanan.
"Anda hanya boleh dapat satu paket roti untuk dimakan 10 atau 20 ahli keluarga. Hanya sekeping roti untuk setiap orang sehari...," katanya.
Di sebalik tekanan, kebimbangan dan keletihan, Abdullah berkata penduduk Gaza terus tabah, setelah mengalami kesusahan hampir setiap hari selama beberapa dekad.
"Mereka berpegang teguh pada akidah dan saya percaya inilah yang menjadikan mereka sangat kuat dan berazam untuk berjuang mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan," katanya.
Beliau berkata walaupun tidak ada tanda-tanda gencatan senjata antara Israel dan pihak Palestin, penduduk di Gaza terharu dengan sokongan yang diberikan dari seluruh dunia untuk perjuangan Palestin.
Rakyat Palestin mengharapkan lebih banyak sokongan daripada dunia Arab dan Islam, kenyataan dan pendirian yang lebih padu dan berani terhadap kekejaman berterusan Israel.
"Misalnya, dunia Arab akan mengisytiharkan mereka tidak akan mengeksport minyak ke negara yang menyokong Israel.
"Tindakan ini akan memaksa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel supaya menghentikan kekejaman yang sedang berlaku," katanya, sambil menambah bahawa beberapa negara Arab perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Beliau berkata penduduk Gaza turut memuji Malaysia yang menunjukkan solidariti yang padu ke atas Palestin dan berharap negara-negara lain akan mengikuti langkah yang sama dalam menyokong Palestin.
"NGO Malaysia telah melakukan kerja-kerja kemanusiaan yang penting sejak sekian lama dan mereka adalah antara pertubuhan aktif utama di seluruh dunia yang menyokong perjuangan Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Keperluan untuk mewujudkan pertahanan awam yang mampu bertindak balas dalam menangani bencana buatan manusia itu amat mendesak. - Reuters
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Derita rakyat Palestin hanya terbalas selepas Netanyahu ditangkap - IKRAM
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Qatar mahu PA kembali mentadbir di Gaza
Hanya penduduk Gaza yang sewajarnya menentukan bagaimana wilayah itu ditadbir.
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB
Orang ramai kini mula membersihkan sisa-sisa perang dan wujud kehidupan.
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
92 peratus rumah di Gaza musnah akibat serangan Israel - OCHA
Usaha menangani keperluan mendesak dan memulihkan sistem kesihatan akan menjadi tugas yang kompleks dan sukar.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.