HANOI: Seramai 338 rakyat Vietnam yang terkandas di zon konflik di utara Myanmar telah selamat dihantar pulang ke negara mereka pada Isnin.
Penghantaran balik itu dilakukan oleh Kementerian Luar Vietnam (MoFA), Kementerian Keselamatan Awam, agensi berkaitan dan negara rakan kongsi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Lebih 800 warga Vietnam telah diberikan dokumen perjalanan dan boleh dihantar pulang, menurut Kedutaan Vietnam di Myanmar.
Kebanyakan mangsa yang dihantar balik membabitkan golongan muda termasuk mereka yang bekerja dengan organisasi perjudian dalam talian di negeri-negeri utara Myanmar, yang ditinggalkan oleh majikan mereka dan terkandas akibat konflik antara tentera Myanmar dan etnik minoriti tempatan.
Menurut laporan media, tentera Myanmar kini berhadapan cabaran terbesar sejak rampasan kuasa pada 2021, apabila tiga pasukan minoriti etnik melancarkan serangan terancang pada akhir Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Lebih 800 warga Vietnam telah diberikan dokumen perjalanan dan boleh dihantar pulang, menurut Kedutaan Vietnam di Myanmar. - Gambar hiasan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Hukuman penjara warga Vietnam simpan bahagian harimau kumbang dikurangkan
Hakim bagaimanapun mengekalkan denda RM300,000 atau 12 bulan penjara, yang dikenakan Mahkamah Sesyen terhadap Nguyen Van Tien.

Kanak-kanak lelaki maut ditimpa rekahan simen rumah kedai
Mangsa yang berusia tujuh tahun dirawat di Hospital Melaka akibat cedera parah di badan dan meninggal dunia pada 10.12 malam hari sama.

Polis rampas minuman keras bernilai RM1.5 juta, tahan tiga individu
Polis merampas minuman keras seludup tidak bercukai bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam dua serbuan di Jalan Sungai Besi, Cheras.

Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting
Tertuduh didakwa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan mengacukan gunting terhadap Inspektor Mohd Shahrol Firrdaus Senawi.

MAQIS rampas sarang burung bernilai RM250,000
Hasil pemeriksaan mendapati 15 kotak gabus yang dibawa seorang lelaki warga Vietnam tidak mempunyai dokumen sah.

Angkut gamat 200kg, 5 nelayan Vietnam ditahan di perairan Kelantan
Sebanyak 200 kilogram gamat dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kelantan selepas menahan sebuah bot nelayan asing yang sedang menangguk gamat di perairan Kelantan.

14 warga Vietnam berjaya dipindahkan dari kawasan konflik di Ukraine
Kebanyakan mereka adalah peniaga kecil di pasar tempatan yang ditutup akibat krisis Ukraine-Rusia.

Identiti mayat di tasik Putrajaya warga Vietnam
Mangsa dikenali sebagai Tran Ai Lien berusia 26 tahun.

Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.

Polis tahan tujuh individu, rampas dadah bernilai hampir RM1 juta
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas dengan tertangkapnya tujuh individu, serta rampasan dadah bernilai hampir RM1 juta dalam beberapa serbuan di Johor.