BANGKOK: Lebih 5,000 rakyat Thailand memohon untuk dihantar pulang berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak.
Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata sejumlah 5,174 warga Thailand mendaftar untuk pulang secara sukarela, manakala 64 lagi menyatakan hasrat untuk kekal di Israel.
"Beratus-ratus orang awam, termasuk warga Thailand, telah pun dipindahkan ke zon selamat. Mereka akan tinggal di pusat perlindungan sementara atau bekerja sementara di ladang pertanian," katanya pada sidang media pada Rabu.
Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.
Kanchana berkata RTE di Tel Aviv membuat pelarasan dengan syarikat penerbangan komersial untuk menghantar pulang lebih ramai warga Thailand.
Beliau berkata kumpulan pertama dijangka tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 10.35 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, manakala kumpulan kedua dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Don Mueang pada 4.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian. - AP
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

17 tebusan Thailand selamat tiba di tanah air
Puluhan ribu rakyat Thailand dilaporkan bekerja di Israel dalam sektor pertanian semasa Hamas menyerbu sempadan pada 7 Okt lalu.

Perang Palestin-Israel: PM Thailand minta bantuan Malaysia bantu pembebasan rakyatnya
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah meminta bantuan Anwar dalam memastikan pembebasan rakyat Thailand yang didakwa dijadikan tebusan di Palestin.

213 rakyat Thailand yang di bawa keluar dari Sudan selamat tiba di tanah air
Seramai 213 rakyat Thailand dan keluarga mereka yang terkandas di Sudan sudah pun kembali ke tanah air, kata jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke.

Lebih 70,000 rakyat Thailand daftar undi luar negara
Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Thailand buat persediaan terima rakyatnya pulang dari Malaysia
Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi keselamatan di bahagian selatan untuk membantu rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia untuk pulang ke negara itu.

Polis ragui 'cerita' lelaki maut di tempat kerja, tahan ibu dan abang mangsa
Mayat lelaki berusia 25 tahun itu dibawa ke Klinik Kesihatan Gual Ipoh oleh abang dan ibu mangsa, masing-masing berusia 28 dan 50 tahun.

COVID-19: Thailand rancang buka pintu kepada 1,000 pelawat perniagaan dan perubatan
Empat kementerian sudah merangka pelan koridor perjalanan dan dijangka mengemukakan pelan itu kepada Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA) pada 17 Jun ini.

400 pekerja Thailand cuba seludup masuk dari Malaysia ditahan
Pihak berkuasa Thailand menahan lebih 400 warganegaranya kerana cuba menyeludup masuk ke negara itu dari Malaysia.

Thailand akan bawa pulang rakyatnya dari Wuhan pada Selasa
Lapan pegawai perubatan termasuk doktor, pakar epidemiologi, pakar psikiatri dan jururawat akan menaiki pesawat AirAsia Thailand untuk memantau kesihatan mereka.

Kehilangan Raja Bhumibol dirasai seluruh Asia Tenggara
Kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej bukan sahaja dirasai oleh rakyat Thailand tetapi oleh seluruh rantau Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.