Kira-kira 5,350 ekar kawasan lembah di daerah San Diego, California terbakar sekaligus memusnahkan kebanyakan struktur dan mengancam penduduk setempat, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire).
Menurut Cal Fire hanya satu peratus sahaja kawasan kebakaran berjaya dikawal.
"Keadaan itu mengancam kawasan lembah termasuk Carveacre, Lawson, Wood, Lyons, Deer Horn dan Sycuan Indian Reservation," tulis Cal Fire di Twitter pada Ahad.
Terdahulu, Cal Fire melaporkan seluas 4,000 ekar kawasan terbakar dan sekurang-kurangnya 10 bangunan musnah, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Cal Fire, pasukan bomba "berusaha melawan suhu panas yang melampau, kelembapan rendah dan tiupan angin."
San Diego Gas and Electric (SDG E) berkata di Twitter pada Sabtu, lebih 12,000 pelanggannya mengalami gangguan bekalan elektrik. Angka itu kemudian dikemas kini, dan jumlah rasmi menunjukkan hanya 1,000 pelanggan terjejas.
Menurut maklumat terkini Cal Fire pada Ahad, hampir 14,800 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan 23 kebakaran besar di California dengan lebih 10,500 orang dipindahkan.
Sejak 15 Ogos, California telah menyaksikan lebih 900 kebakaran besar memusnahkan lebih 1.6 juta ekar kawasan, menurut Cal Fire. Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan hampir 3,300 bangunan musnah.
Presiden AS Donald Trump pada 22 Ogos meluluskan pengisytiharan bencana besar di California.
Dua kebakaran besar di California membabitkan kompleks pencawang elektrik SCU dan LNU yang menjadi insiden kebakaran kedua dan ketiga terbesar dalam sejarah negeri masing-masing.
Kawasan SCU seluas 396,624 ekar terbakar dan setakat ini 88 peratus berjaya dipadamkan manakala 375,209 ekar kawasan LNU dijilat api dan 89 peratus kebakaran berjaya dikawal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
Kelihatan seorang anggota bomba yang terlibat memadam kebakaran Creek Fire di Highway 168, di Shaver Lake, California, 6 Sept, 2020. (Foto AP)
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden
Pejabat Personel Presiden sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan daripada pentadbiran terdahulu.
WEF: Ketegangan ekonomi AS-China bukan hal baharu, Malaysia atur langkah lebih berhati-hati
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.