Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.
Hampir 70 peratus rakyat Amerika menggambarkan Trump sebagai "tegas" dan 63 peratus menganggapnya "bertenaga."
Tinjauan itu juga mendedahkan sikap rakyat Amerika terhadap dasar utama Trump dengan 59 peratus responden menyokong pelan Trump untuk mengusir pendatang haram, manakala 41 peratus menentangnya.
Majoriti responden, iaitu 54 peratus, menyatakan mereka menyokong pengendalian Trump terhadap konflik Palestin-Israel, sementara 46 peratus tidak setuju.
Tinjauan ini dijalankan dari 5 hingga 7 Februari melibatkan 2,175 orang dewasa di AS. Margin ralat adalah sekitar 2.5 peratus.
Pada Jumaat, ABC News melaporkan, Trump mencatatkan rekod untuk tindakan eksekutif, mengatasi presiden-presiden terdahulu dalam jumlah perintah yang ditandatangani dan dasar yang dibatalkan dalam 100 hari pertama jawatan.
Dalam masa dua minggu setengah, Trump menandatangani 54 perintah eksekutif - lebih banyak daripada mana-mana Presiden AS dalam 100 hari pertama sejak Harry Truman.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)