SYDNEY:Lebih daripada 60,000 beruang koala terbunuh, cedera atau hilang habitat akibat bencana kebakaran hutan di Australia pada musim panas lalu, anggar Tabung Alam Sedunia (WWF).
Reuters melaporkan, organisasi tersebut menzahirkan rasa bimbang memandangkan spesies itu sudahpun selama ini berdepan pelbagai ancaman.
Kebakaran pada musim panas lalu, yang digelar oleh Perdana Menteri Scott Morrison sebagai ‘musim panas hitam’, juga mengorbankan 33 orang dan memusnahkan 24 juta hektar kawasan tanaman, petempatan dan hutan.
Hampir 3 bilion haiwan tempatan dari pelbagai spesies turut menjadi korban.
Walaupun tanpa bencana api itu, habitat koala sudahpun selama ini merosot teruk akibat aktiviti pertanian, pembangunan bandar, perlombongan dan penerokaan hutan.
Pakar kajian koala pada tahun 2016 menganggarkan populasi haiwan itu di Australia adalah sejumlah 329,000 ekor, namun kebakaran hutan setiap tahun semakin mengecilkan jumlah itu.
"Angka 60,000 itu sangat memilukan bagi spesies yang sudahpun terancam di timur Australia. Kita tidak mampu kehilangan koala dalam pemerhatian kami,” ujar Ketua Eksekutif WWF-Australia Dermot O'Gorman dalam satu laporan.
Kangaroo Island di Australia Selatan adalah kawasan habitat koala yang paling teruk dimusnahkan kebakaran, dengan kira-kira 40,000 koala terkesan. Sejumlah 11,000 ekor lagi di Victoria dan 8,000 di New South Wales (NSW) turut menerima nasib serupa.
Agensi
Mon Dec 07 2020

Habitat koala sudahpun merosot teruk akibat aktiviti pertanian, pembangunan bandar, perlombongan dan penerokaan hutan. - Reuters

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Lebih 60,000 koala terbunuh, cedera dalam bencana kebakaran Australia - WWF
Walaupun tanpa bencana api itu, habitat koala sudahpun merosot teruk akibat aktiviti pertanian, pembangunan bandar, perlombongan dan penerokaan hutan.