LONDON: Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Penganjur acara berkata lebih daripada 840,000 orang telah memohon untuk acara itu, memecahkan rekod sebelumnya 578,000 yang ditetapkan oleh undian untuk London Marathon tahun lepas, kata PA Media.
Secara keseluruhan terdapat 672,631 permohonan daripada warga United Kingdom (UK) untuk 2025, dengan 50.33 peratus adalah lelaki, 49.03 peratus wanita dan 0.64 peratus daripada pemohon bukan binari.
Sejumlah 167,687 penduduk bukan UK memohon dalam undian antarabangsa.
Lebih daripada 53,000 orang menamatkan larian itu di ibu negara tahun ini, dengan 44 Rekod Dunia Guinness dipecahkan dan 67 juta pound (AS$ 83 juta) dikumpulkan untuk badan amal setakat ini.
Pengarah acara TCS London Marathon, Hugh Brasher berkata: "Ini adalah jumlah yang sangat luar biasa. Selain itu, peningkatan permohonan daripada wanita, meningkat daripada sekitar 43 peratus tahun lepas kepada 49 peratus tahun ini, adalah luar biasa dan membawa kita hampir kepada pariti untuk permohonan daripada lelaki dan wanita buat kali pertama.
"Hari Maraton sentiasa menjadi hari yang luar biasa dan memberi inspirasi apabila kita meraikan yang terbaik daripada kemanusiaan.
"Semangat keakraban unik acara ini dan sokongan luar biasa daripada orang ramai menunjukkan London pada tahap terbaik dan tahun ini, dalam dunia yang dilanda banyak cabaran, ia terasa seperti hari-hari ajaib London 2012 ketika kegembiraan dan cinta ada di mana-mana."
TCS London Marathon 2025 akan diadakan pada 27 April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
TCS London Marathon 2025 akan diadakan pada 27 April. - Gambar hiasan/Unsplash
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.