Seorang lelaki rakyat Korea Utara yang tidak dikenali ditahan untuk siasatan selepas menyeberangi sempadan antara Korea dan memasuki Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Ketua Turus Bersama (JCS) pada Khamis.
Lelaki itu dilihat bergerak ke arah selatan di sepanjang Sungai Imjin selepas melintasi garisan pemisahan tentera di dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) di bahagian tengah sempadan antara Korea pada pukul 11.38 malam Rabu, menurut JCS.
"Selepas mengesahkan bahawa objek tidak dikenali yang dikesan oleh peranti pemerhatian haba kami ialah manusia, pihak tentera telah membawanya dengan selamat ke dalam tahanan kami mengikut protokol sewajarnya," kata JCS.
Butiran seperti identitinya yang tepat atau sama ada beliau menyeberangi sempadan untuk berpaling tadah belum diketahui.
"Satu siasatan sedang dijalankan untuk menentukan butiran tersebut, termasuk sama ada beliau ingin berpaling tadah kepada Korea Selatan dan sebab beliau menyeberangi sempadan," kata JCS dalam satu kenyataan ringkas, sambil menambah bahawa tentera Korea Utara di kawasan sempadan tidak menunjukkan sebarang pergerakan yang luar biasa.
Insiden terakhir seumpamanya berlaku pada Disember tahun lepas apabila seorang tentera Korea Utara melarikan diri ke Korea Selatan selepas menyeberangi bahagian timur sempadan antara Korea.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan butiran, termasuk sama ada rakyat Korea Utara itu ingin berpaling tadah dan sebab lelaki itu menyeberangi sempadan. - Gambar hiasan

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Rakyat mahu RUU Antilompat Parti dibentangkan - Najib
Katanya, pengundi tidak mahu terus dikhianati sesetengah wakil rakyat yang berpaling tadah selepas menerima mandat rakyat.

UPKO pecat Abidin sokong Musa Aman
Keputusan memecat Abidin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam.

Pakar perubatan berpaling tadah, dakwa China sembunyi fakta pandemik COVID-19
Dakwaan dibuat seorang pakar perubatan China yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Lelaki Korea Utara ditahan Korea Selatan selepas seberang sempadan - JCS
Lelaki itu dilihat bergerak ke arah selatan di sepanjang Sungai Imjin selepas melintasi garisan pemisahan tentera di dalam DMZ di bahagian tengah sempadan antara Korea pada pukul 11.38 malam Rabu.

Rosmah kini bebas, boleh tidur lena
Fokusnya kini hanya mahu melindungi diri dan keluarganya dan yakin kehidupannya akan kembali normal secepat mungkin.

Antraks dikesan dalam tubuh pembelot, Korea Utara mungkin bangunkan senjata biologi
Pendedahan tersebut secara tidak langsung meningkatkan kebimbangan di Korea Selatan memandangkan vaksin antraks belum disiapkan sehingga 2019.