WELLINGTON: Polis New Zealand menembak mati seorang lelaki yang mencederakan beberapa pengunjung di sebuah pusat beli-belah di bandar Auckland.
"Polis mengesahkan bahawa seorang lelaki telah memasuki pasar raya LynnMall Countdown dan mencederakan beberapa pengunjung.
"Polis telah mengesan lelaki itu dan dia telah ditembak mati di tempat kejadian," kata Polis New Zealand dalam satu kenyataan.
Lelaki itu dilapor menikam beberapa mangsa di sebuah pasar raya di dalam premis pusat beli belah itu sebelum ditembak polis, lapor The Sydney Morning Herald.
Empat mangsa dibawa ke hospital di Auckland untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, seorang saksi yang berada hampir dengan penyerang berkata dia melihat saat semuanya bermula.
Dia mendakwa nampak penyerang tersebut mengambil pisau dengan pemegang berwarna merah sepanjang 30cm dari jaketnya.
"Saya berada di lorong produk tenusu, dan lelaki ini tiba-tiba saja menikam dua wanita di depan saya.
"Saya kemudian tersedar yang saya perlu beredar dari sini," kata saksi itu.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Tim berkata dia melihat seorang lelaki tua terbaring dengan luka tikaman di perut.
Seorang mangsa wanita pula ditikam di bahu, kata Tim.
Seorang saksi lain, Brittany Denyer, berkata dia diarah polis untuk beredar ketika hendak meletakkan kenderaannya di pusat membeli-belah itu.
"Orang ramai panik, dan laluan tersekat untuk keluar dari New Lynn. Polis dan ambulans ada di mana-mana.
"Saya diberitahu oleh anggota polis ketika menunggu bahawa seseorang telah ditikam,” kata Denyer.
Jurucakap syarikat Kiwi Property yang memiliki Lynn Mall berkata pihaknya diberitahu mengenai kejadian di pasar raya Countdown pada Jumaat petang.
Mereka difahamkan bahawa tiada kakitangan pasar raya itu yang cedera.
"Kes kini disiasat polis, dan kami akan terus memberikan bantuan penuh kepada mereka," kata jurucakap itu lagi.
Setakat ini tidak diketahui berapa ramai mangsa yang cedera, namun polis memaklumkan akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat.
Kejadian ini susulan insiden keganasan yang menggemparkan dunia pada 15 Mac 2019 apabila seorang warga Australia bersenjatakan semi-automatik membunuh 51 individu dan mencederakan puluhan lain apabila melakukan tembakan rambang ke atas umat Islam.
Suspek Brenton Tarrant turut menyiarkan tindakan tidak berperikemanusiaan itu menerusi siaran langsung di Facebooknya.
BACA: Tragedi solat Jumaat: 40 terkorban dalam tembakan rambang Christchurch
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
BACA: 2 tahun tragedi Christchurch: Dunia perlu bahas isu 'pelampau kulit putih' - Jacinda Ardern
Astro Awani
Fri Sep 03 2021

Polis New Zealand menembak mati seorang lelaki yang mencederakan beberapa pengunjung di sebuah pusat beli-belah di bandar Auckland. -Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Wan Suraya dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.

Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.

New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.

Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.

Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.

Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.