SEORANG lelaki Uganda dianggap paling beruntung apabila mengahwini tujuh isteri secara serentak pada minggu ini dan bertekad untuk memiliki anak ramai.
Kisah perkahwinannya tular di platform media sosial di mana ramai netizen 'kagum' dengan 'kehandalan' lelaki itu memikat tujuh wanita untuk dijadikan isteri.
Habib Nsikonnene, 43, seorang pakar perubatan tradisional telah menghantar kereta untuk menjemput isteri-isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan mereka berlangsung.
Perarakan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.
Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.
Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.
"Saya kenal isteri-isteri ini secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekali gus untuk menjadi keluarga besar," katanya.
Bapa Habib mendedahkan bahawa poligami adalah sah di Uganda dan lelaki di negara itu mempunyai ramai isteri.
Selain Habib beristeri tujuh, datuknya mempunyai enam orang isteri manakala bapanya pula mengahwini lima orang isteri.
"Anak saya mengatasi semua dalam satu masa," jelasnya. - Gempak
Gempak
Mon Sep 18 2023
Habib Nsikonnene yang berusia 43 tahun diapit oleh tujuh isteri yang dinikahinya sekali gus pada 10 September lalu. - Gempak
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Lelaki Uganda kahwin tujuh wanita serentak
Poligami merupakan amalan yang biasa di Uganda. Datuk kepada Habib mempunyai enam orang isteri manakala bapanya pula mengahwini lima orang isteri.