NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 110 cedera dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu.
Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn berkata, letupan pada 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi membeli-belah popular bagi rakyat Malaysia.
Beliau berkata letupan itu menyebabkan kerosakan, memusnahkan kedai dan menyebabkan bekalan elektrik terputus serta gangguan lalu lintas.
"Punca letupan masih dalam siasatan," katanya.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu, setakat ini.
"Kami masih menunggu butiran dan maklumat daripada pihak hospital," katanya.
Foto dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kerosakan membabitkan kenderaan, bangunan, rumah kedai dan kediaman di kawasan itu.
Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.
Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Media tempatan melaporkan bahawa kebakaran dan letupan berterusan dan ramai mangsa terperangkap dalam runtuhan.
Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata Perdana Menteri sementara Prayut Chan-o-cha menyeru agensi berkaitan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa dan mereka yang terjejas akibat kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 110 cedera dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu. - Foto AP
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.
Letupan gudang mercun, sekurang-kurangnya 10 maut, 110 cedera di Narathiwat
Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 110 cedera dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu.