Lima maut, puluhan lagi cedera dalam siri keganasan anti-kerajaan di Congo, yang tercetus gara-gara tuntutan rakyat supaya Presiden Joseph Kabila berundur.
Korban yang dicatatkan melibatkan kawasan Kinshasa, namun tiada pengesahan sama ada ia turut melibatkan anggota polis.
Pihak berkuasa keselamatan Congo terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan tembakan untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) memaklumkan sehingga kini 69 orang ditahan di seluruh negara.
Siri keganasan ini umpama ulangan apa yang berlaku 31 Disember lalu.
Polis menembak mati tujuh orang pada malam menjelang tahun baru, selepas perjanjian dimeterai untuk menetapkan tarikh pilihan raya baru, membebaskan tahanan politik dan mengurangkan ketegangan di negara Afrika tengah itu.
Mandat Kabila yang sepatutnya berakhir pada Disember 2016, bersetuju mengadakan pilihan raya pada penghujung 2017.
Namun Suruhanjaya Pilihanraya memaklumkan pengundian hanya boleh diadakan pada Disember 2018.
Pemerhati politik mendakwa Kabila sengaja menunda tarikh pilihan raya untuk mengekalkan kuasanya.
Pemerhati antarabangsa pula memberi amaran ketegangan politik bakal mengancam kestabilan negara berkenaan.
Kabila boleh mengekalkan kuasa sehingga pilihan raya akan datang.
Beliau bagaimanapun tidak boleh bertanding kerana perlembagaan menghadkan tempoh penggal presiden.
Astro Awani
Sun Jan 21 2018

Siri protes menuntut Presiden Joseph Kabila berundur menyebabkan lima orang terkorban sehingga kini - Foto Reuters

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.

7 individu prodemokrasi di Hong Kong disabit kesalahan
Tujuh penyokong prodemokrasi di Hong Kong disabitkan atas kesalahan kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan tanpa kebenaran.

Protes HK: Penunjuk perasaan terdesak, buat panggilan 'SOS'
Pada petang Selasa, hanya beberapa penunjuk perasaan yang masih berada di premis universiti yang terletak dalam daerah Kowloon itu.

Lima maut dalam keganasan anti-kerajaan
Lima orang maut, puluhan lagi cedera dalam siri keganasan anti-kerajaan di Congo, yang tercetus gara-gara tuntutan rakyat supaya Presiden Joseph Kabila berundur.

Polis Thai mohon maaf kepada penyokong anti-kerajaan
Polis Thai memohon maaf kepada penyokong anti-kerajaan kerana menggunakan gas pemedih mata.