Lima pelajar Thailand ditahan semalam selepas mereka menunjukkan isyarat tiga jari seperti dalam filem ‘Hunger Games’ sewaktu Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha sedang menyampaikan ucapan di Khon Kaen, iaitu kawasan kubu kuat kumpulan Baju Merah yang menentang pentadbiran Bangkok.
Dalam filem tersebut, watak Katniss Everdeen dan pengikutnya mempopularkan isyarat tersebut sebagai simbol pemberontakan menentang rejim tentera.
Pihak berkuasa telah menahan lima pelajar berkenaan dari lokasi Prayut menyampaikan ucapan selepas mereka memakai baju-T tertera perkataan ‘Tidak mahu rampasan kuasa’ dalam bahasa Thai serta menunjukkan isyarat tiga jari tersebut.
“Kami telah menyerahkan pelajar berkenaan kepada pegawai tentera,” ujar komander polis wilayah, Jitjaroon Srivanit.
Pegawai tentera yang tidak mahu mendedahkan namanya telah mengesahkan bahawa para pelajar berkenaan sudah ditahan dan kini dibawa ke kem tentera.
Perhimpunan lebih daripada lima orang dengan bermotif politik adalah diharamkan di bawah undang-undang ketenteraan. Ia telah dikuatkuasakan sewaktu Prayut menjadi ketua tentera sebelum beliau merampas kuasa daripada kerajaan yang memerintah dua hari selepas itu.
Prayut yang memimpin junta dan juga perdana menteri, telah bersara sebagai ketua tentera pada September lalu.
Sejak berada dalam tampuk kuasa pemerintahan, pihak tentera telah merencatkan demokrasi dan mengekang kebebasan bersuara di negara tersebut serta bertindak agresif terhadap sebarang bentuk protes.
Agensi
Thu Nov 20 2014

Lima pelajar Thailand tersebut telah ditahan selepas mempamerkan baju-T menentang rejim dan menunjukkan isyarat tiga jari di hadapan Perdana Menteri Prayut. - AFP/Gambar fail
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Stanley Tucci beraksi dalam 'Transformers 4'
Michael Bay mengumumkan bahawa Stanley Tucci bakal beraksi dalam Transformers 4. Beliau turut berjanji akan mengumumkan pelakon baru yang bakal membintangi filem tersebut.