Pihak polis Poland telah mengarahkan 13 pusat permainan pagar sesat atau 'Escape Room' ditutup kerana isu keselamatan.
Arahan itu dikeluarkan selepas lima remaja perempuan terbunuh dalam satu kebakaran.
Menurut pegawai bomba, Leszek Suski, bilik permainan Escape Room itu tidak mempunyai sebarang penanda arah keselamatan.
Pegawai bomba menjumpai mayat kelima-lima gadis tersebut selepas mereka memadam api di bilik tersebut.
Laporan bedah siasat menunjukkan kesemua mangsa meninggal dunia akibat daripada penyedutan karbon monoksida.
Menurut laporan News.com.au, lebih daripada 200 bilik daripada 1,100 permainan pagar sesat di Poland telah diperiksa dan mendedahkan terdapat beberapa kelemahan keselamatan yang perlu segera diperbaiki.
Kesemua mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan sedang menyambut ulang tahun kelahiran sebelum maut kerana terkunci di dalam bilik Escape Room pada Jumaat.
Permainan yang dianggap sebagai cabaran intelektual ini juga dikhabarkan sangat popular di kalangan remaja di Poland.
Ia memerlukan pemain dikunci di dalam satu bilik dan perlu menyelesaikan beberapa teka-teki sebelum mereka boleh keluar dari bilik tersebut.
Agensi
Mon Jan 07 2019

Menurut pihak bomba, bilik permainan Escape Room itu tidak mempunyai sebarang penanda arah keselamatan. - Gambar hiasan

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Pereka bilik 'Escape Room' dihadapkan ke mahkamah Poland
Seorang pereka bilik permainan 'Escape Room' di Poland di mana lima remaja perempuan maut akibat kebakaran minggu lalu, telah dibawa ke mahkamah.

Lima remaja perempuan maut dalam kebakaran, 13 'Escape Room' ditutup
Pihak polis Poland telah mengarahkan 13 pusat permainan Escape Room ditutup kerana isu keselamatan.