Sebaik sahaja syarikat penerbangan Garuda Indonesia mengeluarkan larangan bagi membuat sebarang rakaman sewaktu di dalam kabin, syarikat penerbangan kos rendah Lion Air kini mengikut langkah yang sama.
Menurut jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro, jika seseorang individu itu mahu membuat sebarang rakaman sewaktu penerbangan, mereka perlu mendapatkan persetujuan dari pihak atasan terlebih dahulu untuk dipertimbangkan.
Danang turut memberitahu bahawa dasar itu dilaksanakan atas faktor keselamatan, namun ia tidak dijelaskan apakah skala dasar tersebut, sama ada ia termasuk penumpang mengambil gambar swafoto di dalam kabin.
Segalanya bermula apabila pasangan video blogger (vlogger) dari Indonesia, Rius Vernandes dan Elwiyana Monica, yang menggunakan saluran YouTube mereka untuk mengkritik perkhidmatan ‘business class’ syarikat penerbangan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik Rius, dia mendakwa telah disajikan menu ditulis tangan selain diberitahu yang minuman wain telah habis ketika menaiki penerbangan itu dari Sydney ke Denpasar.
"Penumpang di hadapan saya diberi menu seperti ini, saya keliru mengapa kami diberi menu seperti ini," kata Rius yang mempunyai seramai 491,000 pengikut di YouTube.
Ekoran itu, jurucakap Garuda Indonesia, Ikhsan Rosas menafikan bahawa penumpang ‘business class’ telah menerima senarai tulisan tangan sebagai menu rasmi, menurut laporan portal Kompas.
Dalam rakaman video itu juga, Rius sempat menemu bual sepasang penumpang Australia yang mengeluh dek kerana penerbangan itu kehabisan wain.
Paul dan Christian menyatakan bahawa "semua wain habis. Anda berada dalam penerbangan seperti ini, ‘business class’, anda mengharapkan wain yang baik."
Pada Selasa, Garuda mengeluarkan kenyataan merayu dan meminta penumpang agar tidak mengambil gambar atau video atau terlibat dalam apa jua aktiviti merakam semasa penerbangan.
Namun dalam siaran akhbar pada hari sama, syarikat penerbangan itu berkata "penumpang masih boleh mengambil gambar untuk kegunaan peribadi seperti mengambil gambar diri sendiri selagi ia tidak mengganggu keselesaan atau mencederakan penumpang lain."
Sementara itu, dua vlogger tersebut boleh dihadapkan atas tuduhan fitnah di bawah undang-undang Transaksi Elektronik yang ketat di negara itu.
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan mereka sedang menyiasat perkara itu.
Faris Danial Razi
Wed Jul 17 2019

Jurucakap Garuda Indonesia, Ikhsan Rosas menafikan bahawa penumpang business class telah menerima senarai tulisan tangan sebagai menu rasmi, menurut laporan portal Kompas. - Gambar REUTERS

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Gempa bumi sederhana landa selatan Bali
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada 8.37 pagi tadi.

Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku
Sebuah video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu tular di media sosial.

Dua gempa gegar Bali
Gempa itu dirasakan di beberapa kawasan seperti Kuta, Jembrana, Denpasar, Jimbaran, Nusa Dua dan Banyuwangi, lapor portal Kompas.

Lion Air ikut jejak Garuda, 'larang' penumpang bergambar dalam kabin pesawat
Garuda Indonesia mengeluarkan larangan bagi membuat sebarang rakaman sewaktu di dalam kabin, dan Lion Air ikut jejak langkah tersebut.

Penumpang nekad kejar pesawat
Insiden pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali itu turut menjadi tular di media sosial.

AirAsia sambung semula operasi penerbangan terhad keluar dan masuk Bali
Antara penerbangan yang akan diteruskan hari ini termasuklah daripada Denpasar ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Denpasar selain penerbangan dari Bangkok ke Denpasar.

Gunung Agung: Rakyat Malaysia terkandas di Lombok cemas!
Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan lapangan terbang Lombok.

Penutupan Lapangan Terbang Ngurah Rai lebih 24 jam - Gabenor
Penutupan lapangan terbang Bali akan mengambil masa lebih 24 jam ekoran peningkatan aktiviti Gunung Agung, menurut Gabenor Indonesia, Anies Baswedan.