SINGAPURA:Singapura pada Khamis memulakan operasi loji penyulingan keempatnya di Marina East yang mampu menghasilkan 137,000 kubik meter air atau kira-kira 30 juta gelen air bersih sehari.
Loji itu dikendalikan oleh Marina East Water Pte Ltd untuk tempoh konsesi selama 25 tahun dari tahun 2020 hingga 2045, di bawah perjanjian Reka Bentuk, Bina, Miliki, dan Beroperasi dengan Lembaga Utiliti Awam (PUB), agensi air kebangsaan yang menguruskan pengumpulan, pengeluaran, pengedaran dan reklamasi air di Singapura.
Marina East Water adalah anak syarikat milik penuh Keppel Infrastructure Holdings Pte Ltd.
"Penyulingan air laut adalah salah satu daripada empat sumber air Singapura.
"Tidak seperti air import, air hujan dan air kitar semula, sumber air menerusi penyulingan air laut tidak pernah putus," kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee dalam satu kenyataan.
"Ia juga tahan dengan pelbagai jenis cuaca dan sumber bekalannya sentiasa tersedia, hujan atau panas, ia adalah sumber air untuk kehidupan.
"Ketersediaan bekalan penyulingan air laut itu menjadikan bekalan air Singapura sangat berdaya tahan."
Dikenali sebagai Keppel Marina East Desalination Plant (KMEDP), loji itu mula beroperasi secara komersial dari 29 Jun 2020.
Loji tersebut dapat merawat air laut atau air tawar yang diambil dari Marina Reservoir, bergantung pada keadaan cuaca.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Keppel Infrastructure (Keppel), Dr Ong Tiong Guan berkata pengembangan dan operasi KMEDP seiring dengan Visi 2030 Keppel, iaitu visi kumpulan itu memberikan penyelesaian persekitaran untuk menyumbang kepada perbandaran yang mampan.
"Loji itu siap mengikut jadual dalam tempoh penularan COVID-19, ia adalah bukti kepada kedudukan kukuh Keppel dan PUB dan jalinan kerjasama yang erat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Loji tersebut dapat merawat air laut atau air tawar yang diambil dari Marina Reservoir, bergantung pada keadaan cuaca. - REUTERS

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.

Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.