LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan terapi baharu yang memperlahankan permulaan diabetes jenis satu.
"Ia menyasarkan satu daripada punca utama diabetes jenis ini dan boleh melambatkan permulaan penyakit.
"Ubat itu juga boleh menjadi petanda kepada era baharu dalam merawat penyakit itu," kata podcast The Economist pada Selasa.
FDA meluluskan penggunaan ubat yang dinamakan Tzield untuk melambatkan permulaan diabetes jenis satu terhadap golongan dewasa dan pesakit pediatrik lapan tahun ke atas, lapor Xinhua.
Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu, menurut FDA.
Kemungkinan Tzield turut menyahaktif sel imun yang menyerang sel penghasil insulin, sambil meningkatkan sel yang membantu menyederhanakan tindak balas imun.
Ubat ini diberikan melalui infusi intravena sekali sehari selama 14 hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

FDA meluluskan penggunaan ubat yang dinamakan Tzield untuk melambatkan permulaan diabetes jenis satu terhadap golongan dewasa dan pesakit pediatrik lapan tahun ke atas. - Gambar fail AP

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.

AS lulus ubat baharu tangani diabetes jenis 1
Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu.

Moderna minta FDA luluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 6 tahun
Vaksin dua dos itu dilaporkan 51 peratus berkesan terhadap jangkitan varian Omicron pada bayi berumur enam bulan hingga dua tahun.