TOKYO: Maharaja Naruhito menzahirkan harapan agar masa depan Jepun lebih cerah ketika negara matahari terbit itu memulakan program imunisasi COVID-19.
Dalam titahnya sempena hari keputeraan Baginda ke-61 pada Selasa, Baginda turut menzahirkan rasa syukur jumlah jangkitan baharu di seluruh negara menunjukkan trend penurunan.
Majlis sambutan hari keputeraan tersebut dilakukan secara kecil-kecilan susulan penularan wabak COVID-19.
"Beta rasa bersyukur kerana jumlah kes jangkitan baharu menunjukkan trend penurunan di seluruh negara. Di samping itu, program imunisasi kebangsaan telah bermula.
"Beta harapkan masa depan yang lebih cerah ketika negara memerangi wabak ini dan rakyat dilihat saling membantu dalam hadapi saat yang sukar ini," titah Baginda.
Jepun memulakan program imunisasi COVID-19 bulan ini menggunakan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.
Namun bekalan dos vaksin masih tidak mencukupi dan suntikan untuk warga emas akan diberikan secara beransur-ansur, kata ketua program tersebut pada Isnin.
Sebelum ini, ribuan pengunjung akan melawati Istana Maharaja bagi mendoakan kesejahteraan dan menandatangani buku pelawat pada hari keputeraan Mahajara - tradisi yang telah diamalkan sejak 1948.
Mahajara Jepun bersama ahli keluarga diraja yang lain akan berkumpul di balkoni istana untuk bertemu dengan para pengunjung.
Namun kesemua acara berkenaan telah dibatalkan tahun ini.
Sambutan tahun baharu bersama Maharaja Naruhito turut digantikan dengan ucapan video sahaja.
Maharaja Naruhito adalah cucu kepada Maharaja Hirohito, dan merupakan anggota monarki pertama dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua.
Baginda menaiki takhta pada 2019 selepas ayahandanya, Maharaja Akihito melepaskan takhta.
Astro Awani
Tue Feb 23 2021

Maharaja Naruhito bertitah sempena sambutan hari keputeraan Baginda di Istana Akasaka di Tokyo, Jepun pada 23 Februari 2021. - REUTERS
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kerabat tertua keluarga diraja Jepun, Puteri Yuriko meninggal dunia pada usia 101 tahun
Puteri Yuriko dimasukkan ke hospital pada Mac akibat strok dan radang paru-paru dan telah menerima rawatan sejak itu.

Maharaja Jepun akan hadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II
Maharaja Jepun Maharaja Naruhito dan Maharani Masako akan menghadiri istiadat pemakaman negara mendiang Ratu Elizabeth II.

Bekas Maharaja Jepun alami masalah jantung
Kerabat diraja Jepun pada Selasa mendedahkan bekas Maharaja Akihito mengalami masalah kegagalan jantung.

Maharaja Jepun dijangka hadir majlis pembukaan temasya Olimpik Tokyo
Anggota keluarga diraja lain termasuk Maharani Masako mungkin membatalkan rancangan melawat beberapa gelanggang acara.

Maharaja Jepun zahirkan harapan masa depan lebih cerah disebalik COVID-19
Baginda turut menzahirkan rasa syukur jumlah jangkitan baharu di seluruh negara menunjukkan trend penurunan.

Naruhito naiki takhta, diisytihar maharaja Jepun ke 126
Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito hari ini menaiki takhta Chrysanthemum dan diisytiharkan sebagai maharaja ke 126 negara itu.

Agong, Permaisuri bakal saksi upacara pertabalan Maharaja Jepun
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah antara ketua negara dan kenamaan dari seluruh dunia yang akan menyaksikan Upacara Pertabalan Maharaja Jepun

Kenali Naruhito, Maharaja Jepun yang baharu
Maharaja Naruhito, 59 menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun yang baharu pada Rabu selepas ayahandanya bekas Maharaja Akihito melepaskan takhta.

Naruhito dimasyurkan sebagai Maharaja Jepun ke-126
Istiadat rasmi pemasyuran Maharaja Jepun yang baharu, Maharaja Naruhito bermula pada Rabu, yang pertama seumpamanya sejak 200 tahun selepas ayahandanya Akihito melepaskan takhta.