NEW DELHI: Mahkamah Agung India pada Jumaat memberikan jaminan sementara kepada Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal yang berada dalam tahanan, satu perkembangan yang dilihat membantu kempen pilihan raya partinya.
Kejriwal, 55, pengasas Parti Aam Aadmi (AAP), telah ditahan Direktorat Penguatkuasaan (ED), agensi penyiasatan jenayah kewangan India pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
Mahkamah tertinggi itu memberikan beliau pembebasan sementara sehingga 1 Jun, ketika pusingan terakhir Pilihan Raya Parlimen tujuh fasa berakhir.
Ia menolak hujah ED untuk tidak memberikan sebarang "layanan istimewa" kepada ahli politik dalam kempen pilihan raya.
Kejriwal, pengkritik kuat Perdana Menteri Narendra Modi, menjadi ketua menteri pertama yang ditahan dalam sejarah India selepas kemerdekaan.
Partinya merupakan sebahagian daripada Indian National Developmental Inclusive Alliance (INDIA), yang turut disertai parti pembangkang utama, Kongres.
Pengundian untuk tujuh kerusi parlimen di Delhi akan diadakan pada 25 Mei ini.
Ahli politik pembangkang menyambut baik keputusan mahkamah itu.
"Ia akan sangat membantu dalam konteks pilihan raya semasa," kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.
Atishi Marlena, seorang tokoh utama dalam AAP, menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan untuk "kebenaran, demokrasi, dan perlembagaan."
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Penyokong memberikan manisan kepada pengguna jalan raya sebagai tanda meraikan jaminan sementara yang diberikan kepada Kejriwal, di New Delhi, India, 10 Mei 2024. - REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.

Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.

Pencemaran udara Delhi sudah cecah paras terburuk
Pihak berkuasa di ibu negara India tersebut telah mengisytiharkan darurat kesihatan awam dan mengarahkan penutupan sekolah.