VARANASI: Mahkamah di India pada Rabu lalu memutuskan pertikaian agama paling sensitif di negara itu dengan membenarkan penganut Hindu melakukan aktiviti keagamaan di ruang bawah tanah di sebuah masjid di negeri Uttar Pradesh, digelar 'wazukhana' yang ditutup pada 2022.
Masjid Gyanvapi merupakan salah sebuah tempat ibadat Muslim yang dituntut nasionalis Hindu selama beberapa dekad. Malah, turut disokong parti pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi iaitu Parti Bharatiya Janata (BJP).
Ia dibina pada abad ke-17 oleh Empayar Mughal di bandar Varanasi yang mana penganut Hindu dari seluruh negara melakukan upacara keagamaan mereka di Sungai Ganges.
Mahkamah turut mengarahkan pihak berkuasa daerah supaya membuat pengaturan sewajarnya untuk tempoh tujuh hari akan datang bagi memudahkan penganut Hindu.
Bagaimanapun, jawatankuasa masjid berkenaan tidak akan berdiam diri dan dijangka mahu mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi.
Keputusan itu dibuat selepas penganut Hindu percaya kononnya masjid tersebut didirikan di atas tapak kuil yang dimusnahkan. Malah, tinjauan dilakukan sebuah agensi arkeologi tempatan baru-baru ini telah menyokong lagi dakwaan berkenaan.
Beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat, kumpulan penganut Hindu mula 'menceroboh' masjid berkenaan.
Pada bulan lalu, Modi terlibat acara perasmian sebuah kuil yang dibina di atas bekas tapak runtuhan Masjid Babri yang berusia beberapa abad di bandar Ayodhya.
Puak nasionalis Hindu bertindak merobohkan struktur itu pada 1992 di bawah kempen yang diterajui BJP sehingga mencetuskan rusuhan kaum ganas yang meragut kira-kira 2,000 nyawa kebanyakannya Muslim di seluruh negara.
Pertikaian di mahkamah tentang masa depan bekas tapak Babri berakhir pada 2019 selepas sebuah mahkamah tinggi membenarkan pembinaan kuil Ram yang menurut kitab suci Hindu ia dilahirkan di bandar tersebut.
RANCANGAN MODI RAIH SOKONGAN
Bagi menyemarakkan lagi sentimen anti-Muslim, anggota BJP berulang kali merujuk sejarah pemerintahan Islam di bawah Maharaja Mughal sebagai 'era perhambaan'.
Ketika merasmikan kuil itu, Modi tanpa menjaga sensitiviti orang Muslim di negara itu menyifatkan ia kononnya sebagai 'ketibaan era baharu' demi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum dijadualkan pada Mei depan.
Beliau dijangka mengekalkan jawatan untuk penggal ketiga berturut-turut yang merupakan tempoh paling lama sejak pentadbiran Perdana Menteri pertama, Jawaharlal Nehru.
Desakan supaya New Delhi mengekalkan ketuanan Hindu terus meningkat sejak Modi mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2014, sekali gus menjadikan kira-kira 210 juta penduduk minoriti Muslim seperti dianaktirikan selain masa depan mereka yang tidak jelas.
Ketika ini, beberapa kumpulan Islam bertindak mempertikaikan tuntutan nasionalis Hindu di mahkamah.
Pengerusi Lembaga Wakaf Pusat Sunni di Uttar Pradesh, Zufar Ahmad Faruqi berkata, mereka yakin terhadap kredibiliti badan kehakiman.
“Kami mahu hidup harmoni dan aman damai di samping melindungi monumen tinggalan sejarah. Ia tiada kaitan dengan politik dan kami sedia menghadapi kes tersebut di mahkamah,” ujarnya.
Difahamkan, undang-undang negara itu melarang tindakan mengubah mana-mana rumah ibadat dan memperuntukkan pengekalan ciri keagamaan seperti yang wujud pada era kemerdekaan kecuali kuil Ayodhya.
Baru-baru ini, Mahkamah Agung menghentikan rancangan untuk meninjau satu lagi masjid berusia beberapa abad di Uttar Pradesh untuk menentukan sama ada ia mengandungi tinggalan simbol Hindu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Feb 05 2024
Puak nasionalis Hindu bertindak merobohkan Masjid Babri pada 1992 di bawah kempen diterajui BJP sehingga mencetuskan rusuhan kaum ganas. - Foto agensi
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Mahkamah India benar penganut Hindu 'ceroboh' masjid
Masjid Gyanvapi merupakan salah sebuah tempat ibadat Muslim yang dituntut nasionalis Hindu selama beberapa dekad.