NEW DELHI: Mahkamah tertinggi Pakistan pada Selasa malam memecat anak Perdana Menteri Shehbaz Sharif, Hamza Shehbaz sebagai Ketua Menteri wilayah Punjab dalam satu keputusan yang mengejutkan.
Mahkamah Agung memutuskan bahawa keputusan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Punjab Dost Mohammad Mazari menolak 10 daripada 186 undian yang memihak kepada pesaing Hamza, Chaudhry Parvez Elahi, 76 adalah tidak sah.
Hamza, 47, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 23 Julai, sehari selepas beliau diumumkan sebagai pemenang pengundian kontroversi di Dewan Punjab.
Parvez dari Pakistan Muslim League-Quaid (PML-Q) disokong oleh parti bekas perdana menteri Imran Khan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), parti tunggal terbesar dalam dewan wilayah itu.
Timbalan speaker, yang mempengerusikan sesi itu, menolak 10 undi ahli parlimen PML-Q, berkata beliau mempunyai surat daripada ketua parti mereka Chaudhry Shujaat Hussain menyokong Hamza.
Shujaat, yang merupakan sepupu Parvez, adalah presiden parti tetapi bukan ahli dewan.
Sajid Ahmed Khan Bhatti, ketua parlimen PML-Q dalam Dewan Punjab, dan rakan-rakannya secara rasmi menyokong Parvez dan memberikan undi yang memihak kepadanya.
Parvez mencabar keputusan pemilihan Hamza itu di mahkamah.
Mahkamah Agung yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Umar Ata Bandial dan hakim Ijazul Ahsan dan Munib Akhtar pada Selasa menyelesaikan isu mengenai siapa yang diberi kuasa untuk memberi arahan kepada ahli dewan semasa undi dewan berlangsung.
Seluruh negara meraikannya dan penyokong PTI menyambut baik keputusan itu yang membuktikan bahawa Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Hamza tidak mempunyai majoriti untuk memerintah wilayah paling ramai penduduk dan penting dari segi politik di Pakistan.
Menurut laporan media Pakistan, mahkamah mengisytiharkan semua pelantikan yang dibuat oleh Hamza tidak sah dan memerintahkan anggota kabinetnya untuk mengosongkan pejabat mereka, menurut laporan media Pakistan.
Parvez hadir ke Islamabad dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Punjab di hadapan Presiden Arif Alvi pada awal pagi Rabu.
Gabenor Punjab sebelum ini enggan menerima angkat sumpah itu, menurut media Pakistan.
Perebutan kuasa di Punjab adalah sebahagian daripada perebutan politik antara PTI pimpinan Imran dan pakatan PML-N yang diketuai bekas perdana menteri Nawaz Sharif, yang kini hidup dalam buangan di London.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Hamza mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 23 Julai, sehari selepas beliau diumumkan sebagai pemenang pengundian kontroversi di Dewan Punjab. - REUTERS
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.