Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan, keputusan itu dibuat berikutan beberapa perbincangan dan diluluskan pada Jumaat, dengan 29 undi menyokong.
Dataran itu, yang terletak di daerah Norrebro antara Norrebrogade, Esromgade dan Hillerodgade akan dinamakan semula secara rasmi pada 1 April 2025.
Nama baharu, "Palestine Square" mencerminkan sokongan berterusan Denmark untuk Palestin dan rakyat Palestin.
Komuniti Palestin di Denmark menyambut baik keputusan itu, melihatnya sebagai bukti hubungan erat antara Denmark dan Palestin.
Mereka menyifatkan langkah menamakan semula dataran itu menunjukkan solidariti Denmark kepada perjuangan Palestin, mengesahkan pendirian negara itu dalam menyokong hak Palestin dan usaha mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan.
Ahli Majlis Bandaraya juga melahirkan rasa bangga dengan keputusan itu, menegaskan ia mewakili sokongan rakyat Denmark untuk perjuangan Palestin dan hak mereka untuk menubuhkan negara merdeka.
-- BERNAMA
