NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkumpul dalam sesi tertutup pada Isnin untuk membincangkan situasi di Gaza.
Majlis itu bersidang untuk sesi tergempar kali keenam sejak 7 Okt atas permintaan Emiriah Arab Bersatu dan China, lapor Agensi Anadolu.
Majlis terdiri daripada 15 anggota itu dijangka menerima taklimat daripada Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths serta Koordinator Khas PBB untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland.
Sebelum sesi itu, wakil tetap Gabon ke PBB Michel Xavier Biang membuat kenyataan kepada media mengenai ketidakupayaan Majlis Keselamatan untuk mencapai persetujuan.
Biang berkata persaingan antara kuasa besar merupakan satu daripada masalah paling asas selain ketidakupayaan untuk mencapai kata sepakat.
Beliau menekankan bahawa Gabon menyokong gencatan senjata kemanusiaan segera.
Bulan lepas, empat draf resolusi berbeza mengenai Gaza ditolak Majlis Keselamatan.
Sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel turut membunuh seramai 159 penduduk Palestin selain mencederakan 2,250 lagi dalam tempoh sama di Tebing Barat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berucap pada sesi perhimpunan tertutup anggota Majlis Keselamatan PBB pada Isnin untuk membincangkan situasi di Gaza. - REUTERS
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.

Malaysia kecam serangan Israel, desak PBB ambil tindakan lindungi pasukan pengaman
Malaysia seru Majlis Keselamatan PBB ambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB.

Kegagalan UNSC paksa Iran ambil tindakan sah dalam mempertahankan keselamatan negara
Adalah dikesali bahawa Majlis Keselamatan PBB telah gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Israel gesa sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB susulan serangan Iran
Iran tidak lama lagi akan merasai akibat daripada tindakan mereka (dan) akibat itu akan menyakitkan mereka, kata Danny Danon.

Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.

UNSC adakan mesyuarat tergempar berkaitan Lubnan pada Rabu
Majlis Keselamatan PBB akan bersidang dalam satu mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak di Lubnan.

Najib gesa Majlis Keselamatan PBB bersikap tegas atas kekejaman Israel
PM sementara Lubnan turut menegaskan, komuniti antarabangsa juga memikul tanggungjawab untuk menghentikan serangan Israel.

AS gesa Majlis Keselamatan PBB sokong Israel
AS turut menyeru majlis itu untuk meminta Iran bertanggungjawab atas sokongannya terhadap Hezbollah.

China tegas menentang, mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
China turut memberi amaran pembunuhan Ismail Haniyeh berpotensi mencetus 'krisis lebih besar.'

Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant
Israel sedang bersedia untuk kemungkinan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.