WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menolak draf resolusi daripada Rusia mengenai situasi kemanusiaan di Ukraine.
Hanya China memberi undi sokongan kepada draf resolusi itu, manakala 13 anggota dewan yang lain mengambil langkah berkecuali.
Draf resolusi itu menyebut "kebimbangan besar terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Ukraine dan sekitarnya," khususnya peningkatan jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan pelarian akibat konflik Ukraine.
Meskipun ia mengutuk "semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan pelanggaran hak asasi manusia," teks itu tidak menyalahkan siapa yang bertanggungjawab bagi perang itu.
Bercakap menjelang pengundian, utusan AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield berkata draf itu adalah percubaan Rusia "untuk melindungi kekejamannya" di Ukraine.
"Amat tidak wajar Rusia mengemukakan resolusi meminta masyarakat antarabangsa menyelesaikan krisis kemanusiaan yang dimulakannya," katanya.
Vassily Nebenzia, wakil tetap Moscow, memberi isyarat awal bahawa resolusi Rusia berkemungkinan akan gagal sebelum pengundian berlangsung, dengan berkata "kami menolak premis yang majlis tidak berada dalam kedudukan untuk menerima pakai resolusi mengenai dokumen kemanusiaan Ukraine."
Perang Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Feb, mendapat kecaman antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, AS dan UK antara lain mengenakan sekatan kewangan yang keras ke atas Moscow.
Sejak perang tercetus, sekurang-kurangnya 977 orang awam terbunuh dan 1,594 cedera, menurut anggaran PBB.
Lebih 3.6 juta orang melarikan diri dari Ukraine ke negara jiran, menurut agensi pelarian PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Lebih 3.6 juta orang melarikan diri dari Ukraine ke negara jiran, menurut agensi pelarian PBB.- Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Trump kata "mungkin" bertemu Putin bulan ini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau "mungkin" bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin bulan ini.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

Keanggotaan NATO tidak pernah dijanjikan kepada Ukraine sebagai sebahagian perjanjian damai
Keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak pernah dijanjikan kepada Ukraine sebagai sebahagian perjanjian damai.

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.

Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.