WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan butiran baharu mengenai kes seorang anggota tentera yang menyeberang ke Korea Utara tanpa kebenaran pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggota berkenaan diiringi ke lapangan terbang tetapi hilang sebelum menaiki pesawat, kata jurucakap Pentagon Sabrina Singh di Washington pada Khamis.
Dia telah menyelesaikan tugasannya dan sepatutnya pulang selepas ditahan di pusat tahanan Korea Selatan dan akan dikenakan tindakan di bawah "langkah pentadbiran tambahan" di AS, katanya tanpa memberikan butiran lanjut.
Singh juga tidak memberikan butiran mengenai latar belakang penahanan anggota berkenaan.
Bagaimanapun, Agensi Berita Yonhap pada Rabu yang memetik kenyataan pihak berkuasa kehakiman melaporkan bahawa Prebet AS Travis King enggan membayar denda kerana menendang dan merosakkan kereta polis di Seoul.
Singh berkata King tidak berada dalam tahanan ketika menuju ke lapangan terbang, tetapi diiringi pengiring yang membawanya melalui pemeriksaan keselamatan.
"Saya fikir sesiapa pun tidak jangka dia akan melarikan diri dari lapangan terbang," katanya.
Beliau berkata anggota berkenaan kemudiannya menyertai lawatan komersial ke sempadan, dan melepaskan diri daripada ahli kumpulan lain dan melintasi zon bebas tentera (DMZ).
"Kami tidak tahu apa yang dia lakukan dalam tempoh beberapa jam antara dia meninggalkan lapangan terbang sehingga dia menyeberang ke DPRK (Korea Utara)," kata Singh.
AS tidak memperoleh sebarang maklumat daripada Korea Utara mengenai tempat King ditahan atau mengenai keadaannya, katanya.
Matlamat kami adalah untuk membawa pulang askar AS itu, kata Singh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Anggota berkenaan dipercayai menyertai lawatan komersial ke sempadan, dan melepaskan diri daripada ahli kumpulan lain sebelum melintasi zon bebas tentera (DMZ). - Gambar/ Reuters
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
Maklumat baharu diperoleh mengenai anggota tentera AS yang lari ke Korea Utara
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan butiran baharu mengenai kes seorang anggota tentera yang menyeberang ke Korea Utara tanpa kebenaran pada Selasa.
Tentera AS seberangi sempadan Korea Utara tanpa kebenaran - Setiausaha Pertahanan
Anggota itu dipercayai kini berada dalam tahanan Korea Utara dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti keadaan dan keselamatannya.