KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyertai sesi pendengaran awam bagi memperoleh Pendapat Nasihat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan berkata, beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi pendengaran terbabit untuk meneliti kesan perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin dari 19 hingga 26 Februari 2024
Mohamad juga dijangka menyampaikan kenyataan Lisan Malaysia di Peace Place, The Hague, di Belanda pada 22 Februari, jam 5.10 petang waktu tempatan (23 Februari pada jam 12.10 tengah malam waktu Malaysia).
"Saya akan diiringi oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara dan akan menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia pada 22 Februari 2024, jam 5.10 petang waktu tempatan (23 Februari 2024 pada jam 12.10 malam waktu Malaysia).
"Permohonan bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ini terhasil daripada Resolusi 77/247 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah diterima pakai pada 30 Disember 2022. Malaysia telah menyokong dan menaja bersama resolusi berkenaan," ujarnya.
Tambah beliau, ia merupakan prosedur yang berasingan daripada permohonan Afrika Selatan bagi memulakan prosiding terhadap Israel yang telah difailkan di ICJ pada 29 Disember 2023.
Sementara, prosedur Pendapat Nasihat ini pula adalah susulan daripada permohonan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung PBB.
"Ia merupakan satu proses penting bagi memperoleh nasihat perundangan daripada ICJ, selaras dengan Artikel 96 Piagam PBB dan Artikel 65 Statut ICJ," katanya.
Dalam prosiding Pendapat Nasihat kali ini, Perhimpunan Agung PBB telah mengemukakan beberapa persoalan perundangan bagi ICJ memberikan pendapatnya, antaranya:
i. Kesan perundangan yang timbul akibat pencabulan berterusan oleh Israel terhadap hak rakyat Palestin bagi penentuan nasib sendiri .
ii. Dasar dan tindakan oleh Israel yang memberi kesan terhadap status perundangan Pendudukan Israel tersebut.
iii. Kesan perundangan kepada semua Negara dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hasil Pendudukan tersebut.
Sebelum ini, Malaysia, kata Mohamad, terlebih dahulu telah menyertai prosiding bertulis dengan mengemukakan Kenyataan Bertulis kepada ICJ pada 25 Julai 2023.
Kenyataan Bertulis itu antara lain menekankan hujahan berkaitan dasar dan tindakan Israel, termasuk pendudukan berterusan, aktiviti penempatan dan pengilhakan di dalam wilayah Palestin, yang mencabul hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri.
Penyertaan Malaysia di Sesi Pendengaran Awam ini merupakan penglibatan secara langsung kali kedua dalam prosedur berkenaan.
Pada 2004, Malaysia telah menyertai permohonan mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ mengenai Kesan Perundangan Pembinaan Tembok di dalam Wilayah Pendudukan Palestin.
Fahmi Izuddin
Tue Feb 20 2024

Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi pendengaran terbabit untuk meneliti kesan perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin dari 19 hingga 26 Februari 2024. - Gambar fail Astro AWANI

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.