Malaysia akan mengumumkan hari berkabung negara untuk nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sebaik sahaja mayat dan jenazah mangsa warga Malaysia tiba di tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ia khusus bagi seluruh negara berkabung untuk mangsa yang terkorban dalam nahas itu, dan untuk memberi penghormatan kepada mereka.
Penerbangan MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.
"Kami akan isytiharkan hari berkabung untuk seluruh negara dan saya akan berada di sana untuk menyambut mayat-mayat apabila ia sampai," katanya pada majlis makan malam penghargaan bersama-sama pasukan siasatan khas Malaysia di sini pada Khamis malam.
Menyentuh 195 warga Belanda yang terkorban dalam nahas itu, Najib berkata beliau telah berjumpa beberapa warga Belanda dan mereka tidak menyalahkan MAS atau Malaysia berhubung nahas itu.
"Ia sesuatu di luar jangkaan. Rakyat Belanda memahami keadaan itu dan mereka bersama-sama kita," katanya.
Berhubung lawatan dua hari beliau ke Netherlands sejak Khamis, Najib berkata ia bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Netherlands dan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.
Najib, diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya tiba di sini pada Khamis pagi.
Najib mengadakan pertemuan dengan Rutte di The Hague bagi membincangkan nahas MH17 di Ukraine, sebelum ke Hilversum untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi itu yang identiti mereka sedang dikenal pasti menerusi proses forensik.
Perdana Menteri turut melahirkan penghargaan kepada pasukan siasatan khas Malaysia yang telah memberikan komitmen mereka dalam membawa mayat mangsa-mangsa ke Netherlands, dan terlibat dalam mendapatkan dua kotak hitam MH17 dan juga kepada mereka yang terbabit dalam Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).
Najib berkata Malaysia komited untuk menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa dan membawa dalang tragedi itu ke muka pengadilan.
Beliau berkata dengan penemuan kotak hitam pesawat itu, beliau berharap maklumat dalam kotak hitam itu mengandungi bukti kukuh untuk membawa pihak yang bertanggungjawab bagi tragedi itu ke muka pengadilan.
Bernama
Fri Aug 01 2014

MH17 ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

10 maut, 4 cedera parah dalam tembakan di Montenegro
Insiden yang berlaku sekitar 3 petang waktu tempatan bermula dengan satu pertembungan ganas di sebuah restoran tempatan.

Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.

Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

10 maut, 44 cedera dalam nahas bas selepas pemandu tertidur
Pemandu bas berkenaan terlelap seketika sekaligus mengakibatkan nahas pada awal pagi Ahad itu.

Letupan di Beirut: Usaha cari mangsa diteruskan, bilangan semakin meningkat
Hospital Universiti Saint George, salah satu hospital swasta utama di Beirut yang merawat pesakit COVID-19, turut mengalami kerosakan teruk.

Bangladesh mulakan hari berkabung selepas insiden keganasan
Perdana Menteri Sheikh Hasina Wazed menarik perhatian umum dengan menyatakan bahawa penjenayah yang melancarkan serangan itu tidak percaya kepada agama.

Malaysia akan umum hari berkabung untuk MH17, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengumumkan hari berkabung apabila mayat mangsa tragedi MH17 dibawa pulang, TheStarOnline lapor.