MOSCOW: Malaysia mengiktiraf kualiti bijirin Rusia dan merancang untuk membelinya bagi pengeluaran makanan haiwan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
"Tidak dinafikan, bijirin Rusia berkualiti tinggi berdasarkan kedudukannya sebagai pengeksport utama dunia dan oleh itu Malaysia sedang mempertimbang membeli bijirin Rusia sebagai antara sumber berpotensi untuk makanan haiwan dan membantu menstabilkan kemampuan bekalan ayam dalam negara," katanya, lapor Sputnik.
Beliau berkata kerjasama dengan Rusia dalam bidang itu boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara walaupun Malaysia kini mengimport gandum dari negara lain.
"Malaysia sedang mengenal pasti makanan haiwan yang berkualiti tinggi pada harga yang lebih baik dan kesefahaman ini boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.
Selain itu, Malaysia juga sedang mengkaji untuk membeli baja dari Rusia untuk sektor pertanian negara.
"Oleh itu, kita perlu meneroka pilihan baja pada harga yang baik dari Rusia yang merupakan strategi yang baik memandangkan Malaysia juga mencari jalan untuk mengurangkan kos input pertanian yang menyumbang kepada penurunan harga makanan yang kini tinggi," katanya.
Mohamad berkata Rusia negara terkemuka di dunia yang mengeksport bahan mentah berkualiti tinggi untuk pengeluaran baja.
"Antara bahan mentah yang dieksport oleh Rusia ialah gas asli, urea, ammonium sulfat dan asid fosforik. Oleh itu Malaysia meminta Rusia menimbang untuk menawarkan peluang perdagangan baja negara itu bagi meminimumkan lagi gangguan rantaian bekalan khususnya harga dan bekalan input berkualiti tinggi. Kami akan menghantar pegawai ke Rusia untuk membincangkan isu ini," katanya.
Sementara itu, Malaysia juga berharap memperoleh akses yang lebih mudah bagi kemasukan pelancong dan eksport makanan ke Rusia.
Malaysia sedang mengenal pasti peluang untuk membekalkan buah-buahan tropika dan produk akuakultur seperti udang ke Rusia, yang kini membeli nanas dari Costa Rica dan mangga dari Afrika Selatan.
Mohamad Sabu turut mengundang Menteri Pertanian Rusia Dmitry Patrushev ke Malaysia untuk menandatangani memorandum persefahaman yang "mungkin menjurus kepada FTA (perjanjian perdagangan bebas)."
Pada masa ini, katanya kumpulan kerja Rusia dan Malaysia terlibat dalam menghapuskan semua kemungkinan halangan perdagangan antara negara.
Terdahulu, Patrushev berkata Rusia tidak sabar untuk menambah bekalan makanan ke Malaysia kerana terdapat potensi besar dalam eksport minyak bunga matahari dan kacang soya, gandum, kacang, ayam, daging lembu, produk tenusu dan ikan.
Dagangan barangan pertanian Rusia-Malaysia meningkat sebanyak 18 peratus pada 2022, menurut Kementerian Pertanian Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023

Kerjasama dengan Rusia itu boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara walaupun Malaysia kini mengimport gandum dari negara lain. - Gambar hiasan/Unsplash

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.

Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.

Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.